Pages

Wednesday, January 30, 2008

Kesilapan Teknikal

Sorry Ma... pagi tadi Boy tersilap.
Silap apa plak...
Boy tersilap nangis. Kan Boy nangis pagi tadi.
Boy tanak nangis. Tapi mata ni asyik nak nangis jer.
Sorry yer Ma.

Malam tadi lepas siap buat homework. Suruh dia masuk tido. Nampak dia bukak seluar.

Nak kencing ke...
Ntah.

Menonong masuk toilet.

A'alah kencing.

Macam2lah pok mat ni skang.

Monday, January 28, 2008

Debaran

Last minute baru dapat tahu... ada yang tak kena. Tak ke haru biru jadinya. Tak senang duduk aku dibuatnya. Rasa menggeletar satu badan. Time tulah rasa nak terkencing... tercirit... termuntah... kesejukan... berpeluh cam baru lepas marathon 10km. Adoiii.

Dah bertahun2 buat... baru 1st time jadi cam ni. Mau tak gigil. Rasa cam nak pengsan aku dibuatnya. Uwaaaa.

Nak nangis aku rasa. Ya Allah permudahkan segala urusan besok. Mudah2an tak ada yang akan sangkut kat mana2. Amin.

Friday, January 25, 2008

Selesai Sudah

Janji sudah dikotakan

Ini baru birthday party... penatnya bukan main dah.

Tak cukup tidur. Tak sempat nak makan. Poyo jer bunyi.

Tataulah nanti kalau kenduri kawin. Adoiii....

Rilekslah mama... Jauh lagi ke depan.


Note : Gambar dari lensa kamera Jukie

Tuesday, January 22, 2008

Alhamdulillah

Terima kasih utk semua yang hadir... walaupun tuan rumah tak dapat nak layan dengan sepenuhnya.

Sekiranya ada terkurang dimana2 kami mohon ampun dan maaf.

Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis sabtu lepas.

Sekali lagi terima kasih atas segalanya.

We love you.

p/s gambar dah ada upload skit kat sini.


Friday, January 18, 2008

Mata boleh cakap ke???

Adoiii... buat pertama kali dalam sejarah persekolahan Adib Irfan, dia nangis pergi sekolah. 14 Januari mengukir satu sejarah buat dia. Apahal ler mamat ni. Siap meronta2 tu. Dah balik rumah tanya... dia cakap dia pening. Masa kat sekolah aku tanya kenapa... tanak plak cakap.

Pagi tadi jadi lagi. Dr malam td dia dah bagi hint. Boy nak nangis besok. Nangis tak bawak pegi rumah mama long. OK boy tak nangis. Tipu jer.

So, pagi tadi ingat dia dah lupalah. Dia tertido on the way nak pegi sekolah. Adik dia pun tido gak. Takde geng nak kacau... dia join sama. Sampai kat pintu pagar... aku kejut dia. Terus masuk gear 1. Dah ler hujan renyai2 pagi td. Dia plak bantai nangis. Haru betul. Cikgu dia datang pimpin. Meronta2 tanak. Terpaksa aku hantar dia masuk pintu pagar sebab Damia tido dalam kereta. Masih menangis masa aku tinggalkan dia. Sedih pun ada geram pun ada.

Balik dari sekolah aku telefon. Soalan sama aku tanya dia. Dia jawab "Mata ni nangis. Tiba2 jer Boy bangun tido... terus dia keluar air. Boy tanak"... Loyar buruk budak ni. Aku bagitau dia suruh mata jangan nangis. "Mata mana boleh cakap". Yelah mata tak boleh cakap tapi kalau Boy cakap mata boleh dengar. Lain kali tanak bagi mata nangis dah... faham.

Thursday, January 17, 2008

Mek Tino

Apa yang dia dah boleh buat setakat ni...

  • salam. kadang2 tak sempat sambut tangan kita dia dah lentok pipi dia
  • pandai minum pakai straw
  • dah faham apa yang kita cakap
  • binatang yang dia kenal fish, cat, bird & monkey
  • pantang dengar bunyi pintu grill... laju jer nak bukak pintu
  • suka gonggong botol susu kosong
  • tunjuk kasut terus hulur kaki mintak kita pakaikan
  • dah pandai 'sembahyang'. selalu yang dia buat sujud
  • tak suka tgk tv. sama cam abang.
  • kuat merajuk. ikut mama papa cakap
  • suka makan nasi. pedas sikit2 pun dia bedal
  • favorite word... 'tak' = mintak
  • dah senang makan ubat. sambil duduk pun dah boleh. tak payah dah nak bersilat.
  • suka main botol minyak yu yi cap limau & sebamead baby cream
  • jumpa botol bedak ke lotion... siap tuang2 kat badan. konon tgh pakai
  • susah betul nak snap gambar dia. dah boring kot
  • pantang safety gate kat dapur terbukak... dia masuk & tutup pintu sambil cakap 'tup'. dah terkial2 nak keluar.
  • tgk mama punggah baju nk letak dalam almari... dia pun sibuk angkat jugak... bagi kat kita... pastu cakap 'dai' sambil tepuk tangan.

Genap

5.18pm... 17Jan07... uwaaaa...

1 hari

1 bulan

2 bulan

3 bulan

4 bulan

5 bulan

6 bulan

7 bulan

8 bulan

9 bulan

10 bulan

11 bulan


Setahun... I'm big girl.

Happy Birthday AUNI DAMIA...

Tuesday, January 15, 2008

Tuah Ayam Nampak Di Kaki

Kalau bab2 cabutan bertuah ni memang aku tak pernahnya nak bertuah.

Satu hari, belek fp Zatul.
Try jelah... bukan kena bayar pun. Sapa taukan.
Akhirnya... rezeki aku nak dapat scrapbook free dari Zatul.

Dan inilah hasilnya.

Aku suka. Simple dan cantik.

Monday, January 14, 2008

Jemput Datang



Kawan2 dan sedara mara dah dijemput.
Tak sabar nak tunggu hari Sabtu. Harap semua berjalan dengan lancar. Insyallah.
Kepada kawan2 dan sedara mara yang aku xde no. hp, aku email tp email kena bounce (tatau mana salah email add) dan sapa2 yg selalu jenguk blog ni... jemput hadir bg memeriahkan majlis yang tak seberapa ini.
Nanti bgtau aku yer.

Friday, January 11, 2008

Konah Ku Sayang

Impian akhirnya menjadi kenyataan.
Setiap kali jenguk flickr mu... hati aku jadi sebak.
Gembira dengan keazaman dan semangatnya.
Gembira dia dah capai apa yang dia inginkan dan idam2kan.
Walaupun masih baru... tapi aku anggap dah setaraf dengan org2 yang dah lama berkecimpung. Kekreatifan dia setanding dengan pro.
Giler kagum aku kat mu 'Konz'.

So sapa2 yang duk sekitar Penang... apalagi...

Wednesday, January 09, 2008

Negeri Di Bawah Bayu

@ Promenade Hotel. Lps jer check-in terus keluar mkn kat Olde Kopitiam. Gelang kristal Damia sudah semestinya dari Philipine Market.

@ jeti pulau manukan. Naik bot +/15min dari KK. Duk bagi ikan makan. byk giler ikan kat sekitar jeti ni. mcm2 jenis ikan. lawa giler. dah ler air jernih.

Mandi-manda di pulau manukan. Kecik jer pulau tapi cantik. mek kecik tu takut giler air laut dan bunyi ombak. balik hotel pun duk phobia dengan air. Abang jelah duk pulun main air sampai kecut2.


Berlatar belakang rangka penyu di Marine Exhibition Centre, Tunku Abdul Rahman Park.

@ Imperial International Hotel. Cun giler design bilik. Moden style. Baru 3bulan beroperasi. Hotel ni terletak dalam Warisan Square. Tak payah nak naik taxi nak pergi makan sebab turun jer bawah... terus berlambak kedai2 makan di sekitarnya. Jimat duit taxi.

@ starting point untuk mendaki Gunung Kinabalu.


Berlatar belakang 'Gunung Kinabalu' yang telah ditutupi oleh awan tebal. Frust.

@ rose garden di Kundasang.



4D3N... rasa mcm tak cukup jer. Banyak lagi tempat yang belum diterjah. Overall... semua seronok.



 

Blog Template by YummyLolly.com