Pages

Wednesday, August 16, 2006

2-Digit

Adib Irfan dah melangkah satu tapak. Dia sekarang dah pandai tekan channel yang ada 2 digit. Channel 2 digit yang dia tau tekan... ch63 dan ch15. Kalau dulu setakat tekan no. 1-digit jelah.


Ni semua melalui pemerhatian dia masa kita duk tukar2 channel. Awal2 dia tertukar jugak. Kalau ch63... dia pegi tekan 3 dulu baru 6. Bagitau dia... tekan 6 dulu baru 3.

Tension tengok TV dengan dia sekarang. Dia suka betullah tukar2 channel. Nak2 sekarang, dia dah tau camana nak tukar channel kegemaran dia.



Monday, August 07, 2006

Dah besar anak mama...

Hari Pertama : 3 kali bangun.
Hari Kedua :Sekali jer bangun.
Hari Ketiga : Langsung tanak.

Yes... Adib Irfan dah jadi big boy sekarang. Dah boleh say no to diapers.

Jumaat lepas (4August2006) azam mama dia kuat. Selalunya risau + malas. Tapi Jumaat lepas jugak kebetulan terlupa nak beli Huggies Dry. So, cekalkan semangat. Mula2 dia nangis nak pakai diapers. Dia jumpa MamiPoko Pants. Lama jugak kena berdiplomasi dengan dia. Cakap kat dia, MP Pants tu pakai masa jalan2 (padahal kalau keluar jalan2 pun dah tak pakaikan diapers dah).

Sebelum tido tu... berulang kalilah aku duk pesan kat dia... kalau rasa nak kencing... kejut mama tau. Tapi belum sempat dia kejut aku... aku dah kejut tanya dia... nak kencing ke tak. Tiap kali tersedar... aku akan cek seluar dia... basah ke kering... fuh lega.

Kadang2 kesian jugak tengok dia dengan muka mamai2... turun katil... masuk toilet. Tapi tulah, kalau tak buat camtu... camana lagikan.

Alhamdulillah.


Thursday, August 03, 2006

Tak Ada Logika

Adib Irfan : Bila mama nak beli aircond kat bilik boy...???
Mama : Nantilah.
Adib Irfan : Kita dapat gaji nanti kita pegi beli yer Ma.

Alasan dia tanak tidur dalam bilik sendiri sebab takde aircond. Yolah tu... Ntah2 dah ada aircond pun tanak tidur dalam bilik dia gak.

 

Blog Template by YummyLolly.com