Pages

Monday, August 07, 2006

Dah besar anak mama...

Hari Pertama : 3 kali bangun.
Hari Kedua :Sekali jer bangun.
Hari Ketiga : Langsung tanak.

Yes... Adib Irfan dah jadi big boy sekarang. Dah boleh say no to diapers.

Jumaat lepas (4August2006) azam mama dia kuat. Selalunya risau + malas. Tapi Jumaat lepas jugak kebetulan terlupa nak beli Huggies Dry. So, cekalkan semangat. Mula2 dia nangis nak pakai diapers. Dia jumpa MamiPoko Pants. Lama jugak kena berdiplomasi dengan dia. Cakap kat dia, MP Pants tu pakai masa jalan2 (padahal kalau keluar jalan2 pun dah tak pakaikan diapers dah).

Sebelum tido tu... berulang kalilah aku duk pesan kat dia... kalau rasa nak kencing... kejut mama tau. Tapi belum sempat dia kejut aku... aku dah kejut tanya dia... nak kencing ke tak. Tiap kali tersedar... aku akan cek seluar dia... basah ke kering... fuh lega.

Kadang2 kesian jugak tengok dia dengan muka mamai2... turun katil... masuk toilet. Tapi tulah, kalau tak buat camtu... camana lagikan.

Alhamdulillah.


7 comments:

kasutVINCCI said...

;)

- tety - said...

clap clap clap.... baguih baguih...

.:HalogamoRa:. said...

how old is adib now? bravo to mama n adib. dah selamat budget mama utk diapers ha ha

rina said...

halogamora : bln dec ni cukup 4thn

ontahsapo said...

tak lama pandai lah tu... slow slow..

mki said...

Sofea, sebaya dengan anak Puan, hampir 80 peratus lulus ujian shi-shi tengah malam.

Yang tak sedapnya, nak shi-shi, nak Ayah.

Mengenangkan anak bongsu - terakhir - besok-besok dah tiada anak kecil, ia jadi pengalaman yang tak mahu dielakkan

akimanikki said...

pengalaman dengan anak sulung aku sekarang.
dulu aku terfikir gak, cemana la nak ajar dia buang di toilet.

Tahun lepas, masa umo dia 2 tahun, bila hantar ke nursery, sensei kat situ tak bagi dia pakai diapers. Sensei tu kata anak-anak jepun biasanya umo 2 tahun dah di ajar supaya tak pakai menda tu. Aku pun ikut la kata sensei tu. Aku belikan training pants bagi anak pakai. Bila keluar tak da la bocor banyak sangat, dia akan rasa tak selesa..

Sekarang anak dah tak pakai diapers langsung, baikpun siang maupun waktu tido malam.

 

Blog Template by YummyLolly.com