Pages

Sunday, August 31, 2008

Budak 'Darak' Tanah

Seronok doang dapat pijak tanah.
Maklumlah rumah atas angin.

Ajal Maut Di Tangan Tuhan

Pagi tadi kitorang pergi Empangan Batu.
Dekat jer dengan rumah.

On d way ke sana.
Ada accident.
Separuh badan motor kelihatan kat bawah kereta hitam.
Dalam setengah jam kot accident berlaku.
Sebab polis pun dah sampai ke tempat kejadian.
Sekujur tubuh yang ditutup dengan plastik hitam terbaring di tengah jalan.
Innalillah...

Jalan turun bukit.
Selekoh pulak tu.
Maybe konvoi dengan geng2 sempena Merdeka kot.
Sebab tak jauh dari tempat kejadian.
Beberapa orang duduk kat tempat jalan sambil termenung.

Tak sempat dia nak puasa.
Tak sempat dia nak raya.

Selamat Berpuasa

Insyaallah besok kita start berpuasa.
Bulan yang penuh dengan kemuliaan dan kerahmatan.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.



p/s salah satu baju kurung raya Auni Damia dah siap. Maya yang jahit. Siap leher tulang belut lagi. Mama pun dah lama tak bertulang belut ni semua.

Saturday, August 30, 2008

51 tahun

Selamat Hari Merdeka yang ke 51 tahun.

Merdeka...!!! Merdeka...!!! Merdeka...!!!

Thursday, August 28, 2008

'Cu-Cu'

Konon formula diperbaharui.
Harga pun kasi naik sikit.
Tapi isi kandungan makin sikit.

Pandai betul strategi pemasaran doang.

Tunggu mek 2thn kita tukar susu lainlah pulak.

Tak sah... Anak Laki

Kalau tak jatuh...
Kalau tak luka...
Kalau tak calar-balar...
Kalau tak benjol...
Kalau xde parut...
Kalau tak 'bekok cobong'


Pendek kata tak sah kalau tak sakitlah.

Wednesday, August 27, 2008

Auni Damia

- cakap boleh tahan banyak... tp sudah semestinya ambik yang hujung2 jelah.
- makan makin kurang.
- manja kededek
- susah betul nak salam orang.
- x reti kiss. suruh kiss mesti dia kasi pipi dia jer.
- pandai bukak baju dan seluar sendiri.
- seluar dah oklah boleh pakai seniri walaupun terbalik depan belakang.
- pakai baju seniri masih belum berjaya lagi.
- nak minum air mesti nak pakai sudu. sbb lps tu boleh main masak2.
- suka makan seniri. tak mainlah suap2 ni.
- lauk favorite dia hanyalah ayam.
- timun pulak sayur favorite dia. makan nasi ngan timun pun dia layan.
- pandai pakai seniri stokin dan kasut. jika nasibnya baik betullah kasut dia pakai. kalau tak kiri ke kanan kanan ke kirilah jawabnya.
- garang boleh tahan jugak.
- tido bukan main lasak.
- susah nak ambik gambar dia tengok camera sekarang ni.
- dah tak berapa suka pakai selipar/kasut dalam rumah.
- lagi suka rambut dibiarkan lepas begitu saje. dah tak suka ikat ke pakai sepit nyepit ni. rimas kot.
- masih takut dengan vacuum cleaner, penyapu dan mop.
- suka giler dengan cat.
- time petang jer mesti mengamuk menjerit2 tanak duk dalam carseat. pagi ok plak.

Itulah serba sedikit pasal Auni Damia di umur 1tahun 7bulan.

Tuesday, August 26, 2008

Lagi Ben Sepuluh

"Nanti mama letak baju Ben 10 dalam beg sekolah abang tau"
"Pasal plak... letak dalam beg mandi* jelah"
"Alah nak tunjuk kat kawan dalam bas"


* beg mandi = beg yang isi baju2 doang utk dibawa ke rumah babysitter.

Monday, August 25, 2008

Ben Sepuluh

papaku pulang dari kota
papaku belikan uniform
uniform ben 10 kaler putih
riang tak terkata hati ini


Demam

malam tadi... badan start panas.
nasib baik tak merengek sangat.
sian anak mama demam.
cepat sembuh yer my dear.

Friday, August 22, 2008

Projek Baru


Projek Baru
Originally uploaded by adib_auni

Dengan pertolongan dari my tok laki... siaplah aku buat wedding card for my sis in law. Lambat lagi majlis... bulan November nanti. Tapi apa salahnya buat cepatkan. Dah siap print 100kpg... tinggal lagi 400kpg utk diprint.

Benda2 macam ni memang aku suka. Time sukalah. Tapi tak suka... kosser aku nak telek beleklah.

Ni nak mencari freebies yang lain untuk aku buat kad raya pulak. Maklumlah puasa dah nak tiba.

Thursday, August 21, 2008

Kesian...

... kat umie.

balik dari USM ahad lepas.
demam panas muntah semua habis.
siap pitam lagi dalam toilet.
nasib baik mama terjaga.
tgk dia xde kat tempat tido.
cari2... dah 'tido' dalam toilet.

Umie... Umie...

2x dah pergi klinik...
kena masuk air sebab badan dah lembik.

pagi tadi admitted kat hospital.
doctor ambik darah nak cek kot2 denggi ke apa.
yelah dah berhari2 demam tak kebah2 lagi.

patut besok datang kl.
ahad balik semula penang.
macam ni gaya tatau camanalah.

take care & get well soon yer umie.

Wednesday, August 20, 2008

Siapa kata...

... budak perempuan tak lasak.




Tengoklah budak perempuan ni...
Lasaknya sama dengan budak laki...

Tuesday, August 19, 2008

Macik dah tuo...

Pagi td dari pukul 9 to 1pm ada seminar kat Mandarin Oriental.
Bukan p dengar... kitoang jadi organizer.

Balik jer ofis...
kepala gue pusing2...
adoiii beratnya...
bukan saje kepala...
mata & hidung pun terasa 'keberatannya'...

Adoiii kenapa ni...
What happened to me...

Setelah diimbas kembali...

Lembu ke kambing yang aku duk pulun tadi ek.
Cek ngan my colleague... confirmed kambing punya daging.

Selalu makan ok jer.
Kenapa hari ni KO...

Tunggu tok laki datang ambik.
Nak balik rumah.

Fenin.... fenin...

Monday, August 18, 2008

Kononnya...

...nak cantik

Macam2 gak aku dah tempek kat muka ni. Nak2 masa zaman bujang dulu. Sampai pening kot kulit muka ni dibuatnya. Murah ada mahal ada. Aku pulak suka mencuba... dan tak sabar menanti hasilnya.

Kalau boleh sekali sapu jer terus nak kulit licin macam bidadari. 2-3minggu tak berapa nak nampak hasil... cuba product baru pulak. Poyokan.

Antara yang aku pernah cuba... Clinique, De Wajah, Loreal, Olay Total Effect, Clarins, Lancome, BML, Clara, Dr Murad punya product, Simple, Neutrogena, St Ives dan Tia Amelia.

Tapi pengalaman paling ngeri masa aku pakai BML "Kecantikan Hak Milik Setiap Insan"... Giler buruk muka aku. Kulit muka jadi macam plastik. Merah cam udang kena bakar pastu berkilat. Sekali tengok macam2 anytime jer muka aku tu nak pecah. Pedih dan perit tak usah cakap ler. Nak senyum pun susah. Apatah lagi nak gelak ketawa. Sampai sekarang jadi sindiran kat laki aku. Giler takut bila aku kenang2 balik.

Nak kata muka aku jenis berjerawat ke berlubang2 ke... tidak sama sekali. Tapi macam tulah naluri wanita. Aku tak kata semua wanita. Tapi wanita yang bernama 'aku' macam itulah. Tapi tu semua di zaman dulu kalalah. Sekarang aku dah serik dan jadi takut nak mencuba.

Tapikan jauh di lubuk hati aku teringin nak cuba SKII. Tapi harganya yang membuatkan aku berfikir 100,000x. Jadi buat masa sekarang aku akan setia dengan product Tia Amelia. Product yang murah tapi kesannya aku puashati.

Layannn....

p/s : Happy Birthday Kak Long....

Sunday, August 17, 2008

Kidal

Adib Irfan & Auni Damia semuanya 'penganan'.
Tak sorang pun yang ikut Papa dia yang kidal.


Kira bab camni... semua ikut mamalah.

Saturday, August 16, 2008

Agak2

Siapa lagi comel...
Hahaha...

Masing2 bergaya dengan baju sekolah abang.

Friday, August 15, 2008

Malu

Maya punya kerja... malu i. Hahaha.

Kat sini ada... kat sana pun ada...

Selalunya kalau balik PMas... aku akan beli baju tido utk Adib Irfan. Sepasang pun jadilah. Sebab kadang2 takde sizelah... size ada tapi colour kurang berkenanlah. Dah ler ada satu jer kedai yang jual baju tido macam ni.

Walaupun Siam mari... tapi aku sangat puashati dengan kualiti baju tido ni. Warna dia langsung tak luntur. Walaupun dah bertahun2 pakai. Sejuk pun sejuk aku rasa kain ni.

Balik hari tu aku beli lg. Kebetulan banyak size dan colour yang menarik minat aku. 4 pasang aku sambar.

Next time bolehlah tambah stok lagi. Dan i have to make sure kena beli pelbagai size. Maklumlah bukan semua size sama ngan Adib Irfankan. Hehehe.

Thursday, August 14, 2008

Road Block

Ada JPJ kat depan. Jalan PMas - Rantau Pjg.
Tapi tak menggelabah. Takut pun tak.

Sebab...
Tali pinggang keledar pakai.
Lesen masih valid... 28 Aug baru kong.
Cukai jalan pun lambat lagi expired... Januari 2009.

Turunkan cermin...
Senyum...

Berhenti kat tepi jap.

Mintak lesen...
Dia jenguk roadtax...
Cuba tekan brek...

Ok jalan.

Ntah apa2 jer. Bukan semua kereta pun dia suruh berhenti. Mentang2 pompuan yang bawak... saje jer suruh berhenti kat tepi. Tapi ada bodyguard kecik kat sebelah. Hehehe.

Anggap jelah doang jalankan tugas. Layan...

Tuesday, August 12, 2008

Tulah...

Sapa suruh 'ponteng'...
Mamalah ni...
Tak pasal2 Boy kena buat banyak homework.
Kesian Boy.


Palaku Weng

Dekat kol 3am sampai rumah.
Firefly punya pasal.
Delayed almost 2 hours.
Patut 10.40pm...
Jadi 12.25am.
Giler.

Syok kalau boleh tido ni...

Saturday, August 09, 2008

Takde Rezeki

Uwaaa...

Handphone aku hilang. Ntah tercicir kat mana.
Last aku pakai dalam kereta nak pergi 'bekwoh' Tinta.
Lepas jawab panggilan aku start enjin.
Lantas handphone aku letak atas riba.

2 jam kemudian.
Dah sampai balik rumah.
Baru teringat handphone.
Selongkar dalam handbag.

Uwaaa...

Dalam tu macam2 ada.
Dari no. tel, gambar2, address, ucapan2 masa aku beranakkan Auni Damia, resepi2, no.2 account yang aku selalu transfer duit dan beribu2 info lagilah dalam inbox, my document folder.

Dah ler aku langsung tak pernah nak mem'back-up' semua info2 tu.


Nota Kesiankanlah Aku...
Siapa saja yang baca blog ni... dan ada no. handphone aku... sudilah kiranya korang emailkan no. korang ke email... intan.surina@gmail.com ataupun email ofis aku. Terima kasih banyak2. Kalau nak hantar sms ke buat missed call ke... boleh jugak. Tapi lepas hari Selasalah sebab by Tuesday baru aku boleh collect my new simcard.


Friday, August 08, 2008

080808

manyak ong ini hari...
celah mana yang ongnya wa tatau...
hehehehe.

tapi hakikatnya date hari ni...
sungguhlah cun melecun.

sebab itulah salah sorang kawan baik aku...
melangsungkan perkahwinan pada hari ini.
congratulations for you and your partner.

sukan olimpik kat beijing pun dirasmikan hari ini.

kalau belek suratkhabar hari ini...
macam2 iklan yang berkaitan dengan 8...

"Fatt... Fatt... Fatt"

Thursday, August 07, 2008

Kalau Bisa Ku Undur Masa

Hati bercelaru.
Fikiran buntu.
Gelisah tak menentu.


Seribu kekesalan menyelubungi diri.


Arghhhh....

Wednesday, August 06, 2008

Bolos

Bersedia atau tidak...
Bolos saje dinding itu...


Gelak mengekek2 dia tengok Bolos.
Menjerit2 dia tengok orang nak memboloskan diri.
Ntah dia faham ntah tidak...

Monday, August 04, 2008

2 Acara

23 August nanti ada 2 acara yang dua2 aku nak pergi.
Dah ler masa dekat2 jer.

Tataulah camana.

Pukul 6-7 malam ada Prize Giving Ceremony. Kan gambar yang aku hantar kat CuteFam 2008 Photo Contest menang tempat ke 9. Aku penah cerita kat sini.



Pukul 8 malam pulak kenduri kawin kawan baik aku kat Sheraton Subang. Dia kawin ngan anak presiden MT.UC. 080808 ni dia nikah. Senang nak ingat nanti. Insyaallah aku balik kampung ngan anak2 jer.



Dilema... dilema...

Friday, August 01, 2008

Award

Aku dapat award.
Dapat award dari Maya.
Kreativ Blogger Award namanya.
Adoilah Maya...
Manalah aku ni kreatif.
Tak sesuai tau...

Tapi walau apa pun
I sungguh terharu you...
Maklumlah 1st time dapat awardkan.
Patutnya aku kena bagi award ni kat orang lain
Tapi fikiran buntu tatau nak bagi siapa
Jadinya award ini terhenti setakat ini sahaja.

 

Blog Template by YummyLolly.com