Pages

Friday, May 30, 2008

Ceritalah Lagi

Cerita 1
Adib Irfan kat kampung sekarang. Tanak balik. Nak balik dengan Abg Farhan. Seronok dia kat kampung. Sebab ramai geng... Farhan, Yasmin & Amalin. Kalau kita telefon dia pun tak nyempat2 nak cakap... sibuk nak sambung main. Mulalah... "kirim salam semua ya mama. Boy nak tutup ni". Tutup apa pun tatau... padahal pakai telefon rumah.

Cerita 2
Auni Damia sekarang... kalau bukan aku yang bawak kereta... "tanak... nanak" kalau nak letak dia dalam carseat. Nak beriba dengan aku. Bukannya ringan minah tu. Kejap oklah... lama mau kebas satu badan.

Cerita 3
Kalau tanya Auni Damia... "siapa nama". Kadang2 bunyi dia sebut "Mie" kadang2 cam bunyi "Nie". Tapi dah banyak perkataan dia boleh sebut.

Cerita 4
3-4 hari lepas baru perasaan Auni Damia dah tumbuh 1 batang gigi geraham atas belah kiri. Memang langsung tak perasan. Gigi depan masih kekal 7 batang.

Cerita 5
Awal giler flight aku Ahad (1 Jun) ni. Pukul 9.10 pagi. Huhuhu. Bertolak balik dari Labuan hari Jumaat (6 Jun) pukul 5.20 petang. Jadi sepanjang minggu depan 'rumah' aku takkan berupdate. Malas aku nak hangkut laptop & broadband.

Cerita 6
Adib Irfan takde kat rumah rasa sunyi pulak rumah. Kalau dia ada selalu jer 'gaduh' ngan dia. Dengar dia sakat adik dia. Adik nangis.

Lagi dan Lagi



Armand Dubies selamat dilahirkan pada pukul 9.25 malam tadi dengan berat 2.65kg dan panjang 49cm.

Ganas dan curlast nama anak buah baru aku ni...

Petang ni akan aku serbu Naluri tengok A.D.

Mesti hensem macam Danial. Pogy cakap macam mat saleh. Hahaha. Rambut nipis2 macam Danial. Mesti blonde gak tu kaler.

8.48 malam aku last cakap ngan Tety. Itu pun baru sikit2 jer rasa contraction. Kira cepat jugaklah proses bersalin.

Tak sabar nak tunggu petang...


Thursday, May 29, 2008

Ajal Maut Di tangan Tuhan

2 minggu lepas baru balik dari PMas.

Malam tadi lebih kurang pukul 12.30am sampai dari PMas jugak. Lepas kerja hari isnin bergegas balik PMas. Ada emergency. Dalam pukul 5+ Nasrun telefon bagitau dia nak balik kampung. 'Pok Leng' meninggal. Accident kat Grik. Innalillah... 'Pok Leng' ni antara bapak sedara yang Nasrun kamcenglah. Aku dapat rasakan bagaimana terkejutnya dia... dan sedihnya dia. Sebab dalam pukul 10 pagi camtu... dia tiba2 teringat kat arwah. Memang dia selalu pun telefon arwah tanya khabar. Berdebar2 sepanjang dia kat ofis. Tapi dia tak sempat nak telefon arwah.

Arwah dengan isteri dan 4 orang anak dalam perjalanan dari Penang nak balik PMas untuk menghadiri kenduri kawin anak sedara (sepupu Nasrun jugak) hari Selasa. Kejadian berlaku pukul 1+. Accident dengan Myvi. Driver MYVI pun turut terkorban. Muda lagi... baru umur 23tahun... perempuan.

Arwah meninggal di tempat kejadian. Wife dia patah kaki. Anak perempuan (belasan tahun) masih lagi koma dalam ICU. 2 anak (perempuan & laki) patah kaki dan sorang lagi cuma calar2 jer. Arwah calar kat pipi, patah 1 batang gigi dan patah kaki. Belah dalam jelah yang teruk sebab dada dia terkena stereng dan kepala kemungkinan terantuk.

Jenazah selamat sampai kat kampung pukul 3 hari Selasa selepas selesai dibedah siasat di Hospital Grik. Wife dan anak2 arwah dihantar ke Hospital Ipoh. Kitorang pulak sampai dalam pukul 4 pagi.

Paling aku sedih... wife dia tak sempat nak menatap wajah suami dia buat kali terakhir sebab dia masih kat hospitalkan.

Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi hari Selasa.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di tempat orang2 yang beriman. Al Fatihah.



Nota utk diri sendiri : Tak kira tua... muda... sihat atau sakit... semuanya akan berdepan dengan kematian. Bila2 masa saja nyawa kita akan terlerai dari badan. Dalam sekelip mata... hanya Allah Maha Mengetahui... Allah Maha Berkuasa.

Monday, May 26, 2008

Ada Untukmu

nyanyian NUBHAN.

Sunday, May 25, 2008

Girl Power

Stacy menang. Juara AF kali ni perempuan jugak. Sambung tradisi AF5. Stacy ikut jejak langkah Mila. Memang mendebarkan saat2 nak tau keputusan malam tadi. Sebab kedudukan AF6 ni susah nak jangka. Tapi Stacy memang layak menang.

Nubhan dapat no. 3. Cayalahhh. Lagu baru yang dia nyanyikan sedap giler. Tangkap leleh...

Lagu baru lain yang aku suka... yang Toi nyanyi. Kalau dia kasi betul2 kat lagu tu... memang umphhh.


Alamak!!! Terlebih sudah...

Thursday, May 22, 2008

Hooray

Besok sehari jer lagi sekolah. Lepas tu cuti 2 minggu. Legalah sikit aku pagi2. Takde tergesa2 nak mandi dan siapkan Adib Irfan pergi sekolah. Bolehlah berlenggang kangkung nanti. Yahoo.

Pagi2 pun jalan kurang sikit jem. Tapi lain pulak belah petangnya. Kadang2 terpaksa menyelit2 celah2 manusia dalam KLCC. Dalam LRT pun jadi 2x ganda sardinnya. Adoiii.

Tuesday, May 20, 2008

... for my love

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu...
Happy Birthday Yang...

Wednesday, May 14, 2008

Satu Satu Saya Sayang Kamu

Terkenang2 semasa dulu... Macam muka babylah budak ni padahal dah nak masuk 4thn time photoshoot ni.

Auni Damia dah ada dalam perut... dalam 8wks+ kot. Dari sorang anak... jadi 2. Tanggungjawab makin besar.

Besok balik kampung. H kawin. Sambil2 tu balik jenguk kampung halaman. Syoknya.

Isnin cuti... Ahad dah kena datang balik. Sebab Wesak Day tu jugak sekolah Adib Irfan buat Parent's Day. Ambik buku record sambil tanya perkembangan dia kat sekolah.

Monday, May 12, 2008

Auni Damia...

... makin 'buah' (lasak)
... makin banyak cakap. selalunya dia ambik yang hujung2
... mkn banyak makan
... makin garang
... suka memanjat
... kuat betul hisap susu. dalam masa x sampai sejam 12oz dia boleh hisap
... makin bijak
... makin susah nak pakai diaper
... lalu jer depan guard house sibuk angkat tangan jugak
... suka tengok lrt. nak2 time pergi rumah mama long dia
... tanak duk dalam carseat kalau bukan aku yang bwk kereta. sibuk suruh 'kak' (bukak lock)
... sibuk tarik 'chi' (kerusi) kalau nak makan
... kuat mengigau sekarang ni. tension dibuatnya. terganggu tidur mama
... suka pakai 'chut' (kasut) tak kira luar or dalam rumah
... tengah praktik pakai 'par' (selipar)
... suka kacau 'anak angkat' papa. sebab skang papa bela ikan tetra. kecik2 jer roper ikan ni. masa ikan emas dulu dia x berani sangat
... suka iklan Mayfirst, peel fresh, Olympus camera dan iklan2 yang ada nyanyi2
... suka tgk cermin. pastu sibuk cakap 'tik' (perasan cantik)

Friday, May 09, 2008

May 11, 2008

Selamat Hari Ibu untuk Mama.
Selamat Hari Ibu untuk Mami.
Selamat Hari Ibu untuk Ummi.
Selamat Hari Ibu untuk Mak.
Selamat Hari Ibu untuk Bonda.
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 di luar sana.

Wednesday, May 07, 2008

Lama tu...

1-6 June, 2008........ Non stop. Lama giler tu. Saya dah mula gelisah. Perasaan saya bercampur baur. Menyesal pun ada. Tulah sapa suruh saya gatal mulut cakap... no problem... boleh participate.

Sekarang... rasakan. Direct seminggu saya kena.

Dah telefon tanya 'bos'... dia cakap insyaallah dia takde business trip during that time. Anak2 dia boleh jaga. Kalau rasa susah... dia ambik cuti selang2 hari.

Huhahuha...

Aku kena join stock take. 1-3 kat Kemaman. 4-6 terbang ke Labuan.

Bos 'A' td ada cakap... bincang ngan husband dulu. Kalau susah boleh re-arrange. Baru tadi Bos 'N' plak cakap. Ok ke... nanti anak2 sapa jaga. Kalau tak boleh suruh 'F' jer pergi. 'C' pn ada cakap gak tadi... 1-3 dia boleh pergi. Tapi 4-6 memang tak dapat dia nak tolong sebab dia kena closing account. Aku dikelilingi oleh orang2 yang prihatin. Sungguh bertuah rasanya. Poyo jap. Kiranya kalau aku tanak join bila2 masa jer boleh.

Tapi...

Komitmen kerja... aku join jelah. Uwaaaaa.


Monday, May 05, 2008

Saya budak baru belajar...

Hari ni sampai Khamis Adib Irfan ada exam kat sekolah. Malam tadi aku luangkan masa buat revision matematik & bahasa melayu dengan dia. Malam ni kena buat ulangkaji bahasa inggeris dan bahasa cina plak.

Mudah2an dia dapat buat exam dia dengan OK.

Memang musim budak2 tadika berexamkan sekarang...


Friday, May 02, 2008

Baguslah

Budak kecik ni memang bagus. Tido jer manjang... Jarang2 sekali boleh tgk dia bukak mata. Tapi sekali bukak mulut... huhuhu nyaring dan lantang jugak. Dia nangis time lapar, berak or kencing.

'Kakak' Damia pun bagus jugak. Takde nak kacau2 Hafiy. Jealous pun tidak. Takde nak merengek nangis time mama pegang Hafiy. Dia pegang Hafiy pun slow2. Betul2 macam kakak.




 

Blog Template by YummyLolly.com