Pages

Tuesday, June 19, 2007

Penglipur Lara

Cerita Abang

Adib Irfan : Boy rasa cam nak cucuk2 jer tangan ni...

Mama : Pasal apa plak...???

Adib Irfan : Boy pening kepala ni.

Mama : Abis kenapa nak cucuk tangan.

Adib Irfan : Tu Cicakman cucuk tangan dia kasi ada power.


Apek2... apa ko sudah buat kat anak aku.


Cerita Adik

Malam tadi dengan rasminya Auni Damia makan nestum. Aku bancuh dalam 4-5sudu kecik. Seronok suap dia makan. Kejap jer licin.

Setengah jam kemudian nampak dia gelisah. Tanda2 nak tidur. Buat susu 4oz memandangkan baru jer makan nestum. Mata hampir2 nak tertutup... licin susu dia hisap... nak bukak puting dari mulut dia meraung... tak cukup susu. Adeiii berapa oz dia mau hisap.

Pujuk2 dia berhenti nangis. Langsung tak jadi tidur. Bagi dia main2 atas katil. Main2 kejap dia merengek... nak tanak kena buat susu lagi. Aku buat 2oz. Ikutkan hati dia tak cukup tapi tahap mengantuk dia dah tinggi. Tertidur jugak lepas abis 2oz susu. Kuat betul nafsu makan dia. Hehehe.

2 comments:

wan said...

nanti aku jumpa memana apek tepi jalan aku tanya.. apa lu sudah bikin sama anak fink.. adeii

wah damia, konpom membulat lagi dan algi.. seronok la kalau budak2 kuat makan nih

.:HalogAmora:. said...

tgk je la pp si damia tu... mau saja digeromol he he

 

Blog Template by YummyLolly.com