Pages

Wednesday, June 27, 2007

Lain Padang Lain Belalang

Semalam EL. Auni Damia demam. Dari pukul 3.30am dia duk mengamuk dan merengek. Pukul 7 baru dia lena tidur itu pun lepas makan ubat. Tidur 5min pastu dia bangun menangis. Badan panas, batuk & hidung tersumbat. Susu pun tanak minum. Dia try hisap susu tapi dia susah nak bernafas terus dia tanak hisap susu.

Siang dia ok. Langsung tak panas badan. Cuma hingus meleleh dan batuk ada lagi. Tapi lepas asar semalam badan panas balik. Tapi alhamdulillah malam tadi dia tidur dengan lena. Tapi adalah dia menggeliat sana sini cuma tak menjerit menangislah.

Memang berbeza sangat dengan abang time demam. Abang kalau demam cool & steady jer. Langsung tak merengek. Tapi adik.... adeiii. Dengan merengeknya... menangisnya. Riba tanak, dukung tanak, letak atas tilam tanak... Manja dia lain skit anak perempuan ni. Tulahkan lain anak lain perangai.

Monday, June 25, 2007

Lari Berganti-Ganti

Macam janji-janji plak. Tapi ini semua rezeki dari Allah SWT.


Larian berganti-ganti 16x9bulan telah dimulakan dengan


1. Yati - Dhia Syafiyah (29May05 / 3.75kg/ 3.43pm)

2. Has - Izz Hannah (18Feb06 / 2.4kg / 4.35am )

3. Hanis - Adam Hafiz (3Apr06 / 3.12kg / 12pm)

4. Ja - Muhammad Ryan (22May06 / 3kg / 4.30pm )

5. Y - Qaisarah Annur (4Oct06 / 3.4kg / 9.36pm)

6. Red - Nur Safiah Batrisya (17Jan07 / 3.57kg / 2.30am)

7. Rina - Wan Nur Auni Damia (17Jan07 / 3.05kg / 5.18pm)

8. Wan - Nur Insyirah (2Mar07 / 3.05kg / 7.36am)

9. Gee - Irdhan 'H' (22Jun07 / 3.92kg / 1.22pm)

10. Linda - InsyaAllah Baby Boy (EDD 25Jul07)

11. Maya - InsyaAllah Baby Girl (EDD 13Aug07)

12. Iza - TBA (EDD 21Aug07)

13. Azie - InsyaAllah Baby Boy (EDD 13Sep07)

14. Lin - InsyaAllah Baby Girl (EDD 13Sep07)

15. Elin - tengah warm up dengan jayanya. Auwww.

16. Tety - pelari simpanan. Maybe akan diturunkan ke padang pada tahun 2008 ;)

Ahli keluarga terbaru kami. Anak no. 3 Gee. Gambar ambik dari sini.

Tuesday, June 19, 2007

Penglipur Lara

Cerita Abang

Adib Irfan : Boy rasa cam nak cucuk2 jer tangan ni...

Mama : Pasal apa plak...???

Adib Irfan : Boy pening kepala ni.

Mama : Abis kenapa nak cucuk tangan.

Adib Irfan : Tu Cicakman cucuk tangan dia kasi ada power.


Apek2... apa ko sudah buat kat anak aku.


Cerita Adik

Malam tadi dengan rasminya Auni Damia makan nestum. Aku bancuh dalam 4-5sudu kecik. Seronok suap dia makan. Kejap jer licin.

Setengah jam kemudian nampak dia gelisah. Tanda2 nak tidur. Buat susu 4oz memandangkan baru jer makan nestum. Mata hampir2 nak tertutup... licin susu dia hisap... nak bukak puting dari mulut dia meraung... tak cukup susu. Adeiii berapa oz dia mau hisap.

Pujuk2 dia berhenti nangis. Langsung tak jadi tidur. Bagi dia main2 atas katil. Main2 kejap dia merengek... nak tanak kena buat susu lagi. Aku buat 2oz. Ikutkan hati dia tak cukup tapi tahap mengantuk dia dah tinggi. Tertidur jugak lepas abis 2oz susu. Kuat betul nafsu makan dia. Hehehe.

Monday, June 18, 2007

Beralih bulan dan bintang

Tatau kenapa... 2-3 arini Auni Damia susah giler nak tidur. Nak tidur jer nangis meraung2. Kena dukung baru dia tidur. Letak jer atas katil... tak sampai 10 minit tidur dia dah jaga. Adeiii. Harap2 lepas ni dia back to normal.

Thursday, June 14, 2007

Versi Anak Teruna

Sama macam yang Damia aritu. Tapi sudah pasti ini versi anak terunalah.

Monday, June 11, 2007

Tak makan nasi ke???

Semalam (10June2007) 1st time bagi Damia makan nestum beras.
Aku bancuh 3 sudu teh.
Licin...
Dia belum lagi 5bulan.
Tak awal ke bagi dia makan.
Tapi masa Adib dulu...
4 bulan (12April2003) aku dah start bagi dia makan.
Hrmmm...

Friday, June 08, 2007

Versi Anak Dara

Layout yang lawa ni beli dari Zatul.

Susun gambar dalam layout jadi bertambah cantik ni plak hasil kerja Azza. Thanks a lot Azza.

Versi anak teruna coming soon.

Thursday, June 07, 2007

Sedapnya

Macam ayamlah budak ni ma...
Rasa macam nak makan jer.
Tapi ni orangkan.
Mana boleh makan.

Ada ke samakan adik dia macam ayam.

Pipi baby macam pau.
Satu pau daging.
Satu pau ayam.

Paulah pulak. Sukati dia jer nak cakap.

Monday, June 04, 2007

Persis Mutiara

Dah boleh meniarap susah gak. Asyik ler nak meniarap. Nak pakai diapers pun dah agak susah. Tidur pun dia nak meniarap gak. Tapi setakat meniarap jelah. Cuma sabtu lepas dia berjaya gak terbalikkan semula badan dia. Tapi salah landing. Patut landing atas toto. Tapi dia landing di luar kawasan liputan. Apalagi... Uwaaaaaaaa....
 

Blog Template by YummyLolly.com