Pages

Thursday, December 28, 2006

Tutup Kedai

Macam biasa... akhir2 tahun cam ni tempat keje aku akan tutup sampailah ke tahun depan. Hari ni aku keje setakat pukul 12.30pm... pastu akan masuk ofis balik pada 4Jan2007. Tahun lepas sempat gak ler merayapkan badan ke Pulau Langkawi. Tahun ni nampak gaya bercuti di rumah jelah. Aku dah tak berani nak jalan jauh2. Terberanak tengah jalan tak kena susah nanti.

Semalam aku telefon papa. Papa alhamdulillah sihat. Mama jelah tak hilang2 lagi batuk. Suara pun duk serak2 lagi. Tak dapat cakap pun dengan mama. Dia pergi klinik. Hari ni dalam pukul 5ptg (waktu Malaysia) doang akan bertolak ke Mina... wukuf di Padang Arafah. Orang makin ramai papa cakap. Bersesak2. 3 hari doang akan berada di Mina. Pastu balik semula ke Mekah. Dah tak lama dah papa & mama nak balik Malaysia.

Selamat Tahun Baru untuk semua. Semoga apa sahaja yang dilakukan di sepanjang tahun 2006 beroleh keredhaan Allah SWT. Jumpa lagi di tahun 2007. InsyaAllah.


3 comments:

Mo-C said...

Happy new year!!

- tety - said...

yeay.. x smpai lg sminggu papa & mama balik...

Happy New Year!

ontahsapo said...

kedai tak bukak lagi ker..?

 

Blog Template by YummyLolly.com