Pages

Monday, April 07, 2008

Pengkritik Tetap

Malam tadi buat nasi goreng kampung lagi. Malam sebelum tu dah buat tapi tak cukup untuk aku. Cukup2 untuk tok laki dan anak2 makan jer. Kira mengidamlah ni.

Tapi ada jer komen dari pengkritik tetap.

Ikan bilis banyak sangatlah. Ler... sedaplah ikan bilis banyak. Tu pun rasa cam sikit jer. Ni kan nasi goreng bukan ikan bilis goreng campur nasi kata dia lagi.
Bawang ni hangit sikitlah.
Eeiiii macam2lah.

Nasib baiklah aku dah lali dengan komen2 ni semua. Komen membina bak kata tok laki.

Awal2 dulu... memang mengamuk gak aku kena kritik. Tak sekarang dah boleh terima dengan hati terbuka. Memang betul dia kritik untuk aku lebih berusaha nak baiki mana2 yang kurang.

Sunday, April 06, 2008

Semuanya OK

Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar. Batu dalam hempedu mama dah berjaya dikeluarkan. Bergerigi bentuk batu. Patutlah mama selalu jer sakit. Walaupun hanya tebuk tapi proses dari pukul 8.45 hingga pukul 3.45. 3 lubang kena tebuk kat perut untuk masukkan kamera + 1 lubang untuk keluarkan darah. Paling besar lubang kat pusat. Mama tak perlu dibedah sebab batu tu tak bersalut dengan lemak.

Alhamdulillah proses untuk sembuh cepat sikit berbanding kalau kena operate. Tapi bab2 pantang kena ikut jugaklah.

Alhamdulillah anak2 aku pn ok kena tinggal dengan papa dia. Memang boleh pujilah laki aku berjaya jaga anak2 semasa ketiadaan aku. Tapi awallah doang kena pergi rumah babysitter. Sebelum pukul 6.30am dh bertolak. Adib bersiap pergi sekolah dari rumah babysitter. Seronok dia sebab dapat naik motor daddy pergi sekolah.

Alhamdulillah semuanya OK.


Tuesday, April 01, 2008

Teruja

Memang teruja tengok something yang cute, comel dan kreatif. Sungguh kagum dengan orang yang sangat2 berseni halus itu. Alangkah... startlah dia berangan. Berangan tak abis2. Hahaha.


* Gambar kat atas sebenarnya takde kena mengena dengan apa yang bersarang dalam kepala aku sekarang. Tp benda tu pn sesuatu yang bersenikan. Hanya orang yang kreatif berjaya menghasilkan sesuatu seperti itu. Apa nak panggil benda ni ek... patung2 dan rumah tu hadiah untuk MD aku yang akan transfer ke Oz. Last day dia Jumaat ni. Sedih gak sebab aku x de Jumaat ni. Antara bos yang tersangatlah baik. MD aku yang laki tu. Patung perempuan tu wife dia. Dua2 Jepun mari. Patung2 ni versi doang muda. Patung laki sangat susah nak cam. Cuma patung poms dah ada iras sikit. Chop... ni bukan hadiah dari aku sorang. Hadiah from company to him. Sayonara...


 

Blog Template by YummyLolly.com