Pages

Monday, November 13, 2006

Teman Tapi Mesra

Gambar masa pergi beraya kat rumah Elin di Keramat AU.

Minggu ke 29. Cepat jer rasa masa berjalan. Last cek up... ada sikit problem.

Problem ni sama cam masa mengandungkan Adib Irfan. 1) Kurang darah. 2) Placenta Previa. 3) Baby songsang.

Mudah2an akan sama macam dulu. Minggu2 terakhir... problem 2) dan 3) dapat diatasi. Alhamdulillah.

Next check-up pada November 29, 2006.

Tak sabar rasanya nak tunggu Januari 28, 2007. Malam dah tak lena tidur. Pusing kiri tak selesa... pusing kanan rasa semacam jer. Toilet skang dah menjadi teman paling rapat... nak2 time malam.


Saturday, November 11, 2006

Gendang Gendut Tali Kecapi

Gambar masa bukak puasa dengan d whole family kat New Horizon Garden, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Meriah.


Pukul 1.20pm... hari sabtu... aku kat ofis.

Terpaksa memunculkan diri kat ofis. Ada tender preparation utk submission hari Isnin next week. Nasib baiklah bukan tiap2 minggu... kalau tak jiwa kacau aku.

Petang ni ada 3 open house... 1 kat AU Keramat. Satu kat Bandar Baru Bangi. Dan satu lagi kat Damansara Damai. Dah ler tak sejalan... tengok jelah mana2 yang sempat pergi... kitorang serbu.

Besok pun ada 2 jemputan ke open house. Kat Bandar Sunway dan satu lagi aku tatau kat mana. Dah nak akhir2 Syawal... camnilah. Orang sibuk mengejar nak buat open house.


Kenyang perut suka hati.


Tuesday, November 07, 2006

My Heart

Gambar masa raya ke2. Penat berayalah tu.

Duk berjalan dari rumah ke kereta.

Adib Irfan : Boy ngantuk ma. Nanti boy nak tidur dalam kereta.
Mama : Tidurlah dulu. Susu pun mama dah buat. (dlm perjalanan nak ke rumah Ibu, dia akan hisap sebotol susu)
Adib Irfan : Nanti ada lagu My Heart mama kejut boy tau.
Mama : Yelah.
Adib Irfan : Tapi kalau boy dengar sendiri ngan telinga boy mama dah tak payah kejutlah.

Time Irwansyah & Acha nyanyi tang omputih pun dia layan nyanyi gak...

p/s mama & papa akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji pada 24-Nov-06 hingga 8-Jan-07. Mudah2an sempatlah mama & papa balik sebelum aku bersalin. InsyaAllah.

 

Blog Template by YummyLolly.com