Pages

Monday, November 06, 2006

9 Syawal 1427

Kalau ikut kalendar Islam... hari raya ke 9... Adib Irfan genaplah 4tahun. Tak bagi can mama nak beraya sakan... pergi open house raya.

Tapi kalau ikut kalendar Masihi... lambat lagi birthday dia. Sebab ada bagitau dia... 9 Syawal birthday dia... sibuklah suruh belikan kek untuk dia. Balik kerja singgah Secret Recipe... belikan seketoi choc moist cake & mintak sebatang lilin.

Balik umah tak sabar2 dia nak tiup lilin. Sibuk cakap kat ibu - baby sitter & papa dia... arini birthday Boy tau.

Layan....



Monday, October 30, 2006

Mood Raya

Tahun depan insyaallah kaler tema UNGU plak.

Sorang jer takde dalam gambar ni... Boboy. Dia tukang ambik gambar. Dia tu memang pelik skit.

Mood raya masih tebal. Email pun banyak yang nak kena diselak2. Tulah bahana cuti panjang. Adib Irfan pun sibuk suruh aku cuti lagi.

Takpe lagi +/- 3bulan aku dapat cuti 2bulan. Cuti sakanlah nanti.

Jomlah raya... Hari minggu ni startlah bertandang ke mana2 open house.




Tuesday, October 17, 2006

Salam Aidilfitri

Hari ini 24 Ramadhan. Lebih kurang 6 hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masing2 sibuk membuat persiapan yang terakhir. Samalah dengan aku. Jumaat ni aku dah start cuti raya. Khamis lepas bukak insyaallah akan bertolak balik kampung. Huhuhu seronoknya nak balik kampung. Tak sabar nak bukak puasa kat kampung... bukak puasa ramai2... bertambah ler seronok.

Gambar kat atas tu masa raya tahun lepas.... suka tengok gambar tu sebab kalerful. Raya tahun ni... kitorang tetapkan semua berbaju raya kaler hijau. Tak kisah ler hijau muda ke hijau pekat ke... asalkan tak lari dari tema HIJAU.

Di kesempatan ini aku & family ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua.

Raya nanti jemputlah datang rumah... tak kiralah rumah kat kampung ke rumah kat sini ke.

Sesiapa yang nak balik beraya di kampung, berhati2 di dalam perjalanan. Ingat... kalau mengantuk tidur dulu sekejap.

Wassalam. Jumpa lagi lepas raya.

 

Blog Template by YummyLolly.com