Pages

Monday, May 31, 2010

baju raya saya dah siap

awal betulkan... mula2 ingat nak hantar jahit manik. tapi sekali fikir tak payahlah sebab kain tu pun dah ada batu2 permata.

sebab dah siap awal... mulalah gatal nak cari lagi sehelai kain untuk buat baju raya.

tema raya kami tahun ni ialah... rahsialah dulu. hahaha. poyokan.

tapikan... baju raya ini ada sedikit kecacatan. tataulah salah tailor atau salah tukang potong kain kat j.akel. kain ini bidang besar maka 3.5m jelah aritu orang jak.el tu cakap untuk sepasang baju. takdelah pulak saya nak ukur semula apa yang dorang potongkan.

sebab mengikut tailor kain saya ini tak sampai 3m suku pun. jadi baju agak senteng sikitlah. tataulah siapa yang bersalah dalam kes ini.

tension jadinya. dah siap jadi baju barulah tailor terhegeh2 bagitau.

sebab ini jugalah saya rasa nak cari kain lain.

Friday, May 28, 2010

main masak masak

hari ini saya dapat 50 bijik cheesetart yang saya order dari si ovencomel. sangat sedap ok. orderlah. pasti akan terasa kenikmatannya.


hari ini saya buat ambon untuk diri sendiri sebab stok telur kat rumah ada banyak lagi. yelah sebab saya sekarangkan malas memasak.


hari ini saya berjaya buat kuih lapis untuk mimi si adik ipar. dari minggu lepas lagi janji nak buat tapi tak terbuat.

.

Thursday, May 27, 2010

kenapa jadi macam ni

mood memasak saya sedang bercuti. dah lama rasanya dapur saya tak berasap. kalau dah start malas tu... memang susahlah nak mencari mood rajin memasak.

cuti 3 hari ni pun saya rasa macam malas jer nak mengotorkan dapur saya. ahad maybe akan ke temerloh. officemate incik suami bertunang. jadi bolehlah menerjah ke kedai gulai tempoyak ikan patin.

selamat berhujung minggu yang panjang.

Wednesday, May 26, 2010

dia ingat dekat kot

... "jom balik rumah opah. au.ni nak makan doyan. aun.i nak balik kejap jer".

tiba2 dalam kereta petang semalam dia ajak balik kampung. 2 hari sebelum dia ada borak2 dengan opah. masa opah tanya bila nak balik, jual mahal cakap tanak balik. macam2lah yang dorang borak. opah cakap, "molek doh dio kecek deh".

insyallah takde apa2 halangan, cuti sekolah ni kita balik kelate yer dik.

Monday, May 24, 2010

pencinta binatang

abang dan adik dua2nya sukakan binatang. lebih2 kucing. pernah incik suami suarakan hasrat hati nak bela kucing. oh tidak... memang mendapat tentangan keras dari sayalah.

semalam tiba2 adi.b irf.an bersuara, "mama, abang nak bela semut, boleh?"

Friday, May 21, 2010

konon dah besarlah tu

malam tadi tidur tanak pakai diapers. mana boleh, adik kecik lagilah padahal mama belum bersedia mental dan fizikal jika adik terbabas atas tilam nanti.

berulang2 cakap adik dah besar. adik dah besar. oklah layan jelah apa yang tuan puteri mahu. suruh dia kencing dulu sebelum tidur. dan dalam masa yang sama, mama set alarm dalam masa 30min dari masa tidur. langkah berjaga2 mesti ada.

nasib baik 30min alarm berbunyi, tiada aksi terbabas. ambik diapers, pakaikan. pagi tadi check... kering.

mungkin sudah tiba masanya adik diaperless di malam hari. dah boleh berjimat di situ, kan.

Thursday, May 20, 2010

35 tahun sudah

happy birthday dear...

kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah...

Saturday, May 15, 2010

we're sisters

posing nama tengah kitorang kot. hahaha. sungguh poyo statement.






love you...

Friday, May 14, 2010

musim ke sekarang


both abang dan adik demam...

abang ok jer. tapi adik kalau demam agak mengada2 sikit. ubat pun nak pilih yang dia berkenan sahaja. nak makan hanya ubat berwarna 'air masak'. dah ler stok ubat demam yang ada kat rumah ni berwarna oren. jenuh jugaklah nak memujuknya. nak paksa sumbat ubat dalam mulut, memang sah2 akan dimuntahkan balik.

sabar2...

Monday, May 10, 2010

beza tak banyak sangat pun



as at 25 april 2010

a.dib irfa.n
berat : 18.0kg
tinggi : 112cm

au.ni dam.ia
berat : 14.2kg
tinggi : 95cm

mama cakap... tunggulah abang sunat. mesti abang besar nanti.
papa cakap... papa dulu pun kecik macam abang jugak masa kecik2 dulu.

tak kisahlah abang kecik ke besar... janji abang sihat.

Sunday, May 09, 2010

kaulah ratu hatiku

selamat hari ibu untuk mama dan mami...


dan untuk semua ibu2 di luar sana. muah... muah...

Saturday, May 08, 2010

semestinya berbeza

jangan bergerak... saya polis


jangan bergerak... saya doktor (???)

Friday, May 07, 2010

salah konsep

mama, cuba tengok adik tu. kesiankan.
kenapa.
tengok mata dia macam tu. macam anak yatim jer. (???)

budak kecik tu ada sedikit kecacatan kat mata dia. bola mata dia macam terjojol keluar.

anak yatim tu apa abang.
orang takde mama papalah.

hrmmm betul apa yang dia faham tapi salah dalam masukkan terma ke dalam ayat.

Thursday, May 06, 2010

melangkah ke hadapan

sedang menikmati kelazatan cupcakes dari aunty lin. kawan saya nan seorang ni sedang mengembangkan sayapnya menjadi pembuat cupcakes dan cheesetart yang berjaya.


semoga aunty berjaya.

Monday, May 03, 2010

mak dara punya pasal pulak

beli satu percuma 2... mau tak juling mata mak dara memandangnya. lagi2 ada warna yang berkenan di hati bergantungan.

 

Blog Template by YummyLolly.com