Pages

Wednesday, September 17, 2008

Untuk Ja...

Puding Gula Hangus (aku pakai resepi adik ipar aku... Sarah)

Bahan A
10 biji telur
1 sudu besar tepung kastard (aritu aku x masukkan sebab xde stok)
1 tin susu pekat manis
1 1/2 tin air (pakai tin susu pekat)
1 penutup esen vanila

Bahan B
1 cawan gula

Pukul semua bahan2 A.
Pakai tangan boleh... mixer boleh... blender pun tadak hal.
Gula dipanaskan dalam bekas dengan api yang kecik.
Masak sampai gula cair dan berwarna kuning keemasan.
Masukkan dengan perlahan bancuhan bahan A ke dalam gula yang dimasak.
Sementara itu panaskan air dalam kukusan.
Air dah menggelak kasi kukuslah sama dia.
30 - 45min kukus.
Nak tau puding dah masak.
Cucuk pakai garfu ke hujung pisau... tak melekat puding.
Maka masaklah puding gula hangus ko tu.

4 comments:

kaezrin said...

sama ajer resipi karamel hang ngan aku...

iamja said...

tq rina. sudah ku salin..

wan said...

dah lama aku tak buat, mau 2 tahun dah kot...

rina said...

elin : sama ek... kdg2 ada org tak buh ni dia buh tu... tp hasilnya tetap sama.

ja : nanti bolehlah buat

wan : ko x suka mkn ke... oooo aku tau mu MM... hehehe

 

Blog Template by YummyLolly.com