Pages

Wednesday, September 24, 2008

Mood Raya

Aku insyaallah balik kampung Sabtu ni. Dah tak sabar gak rasanya nak raya walaupun kadang2 tak terasa sangat kemeriahan hari raya ni. Segala persiapan raya ditumpukan untuk anak2 jelah. Mak bapak pakai jelah mana yang ada.

Apa2 pun... jom balik kampung dan beraya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Ikhlas dari,
Tok Laki saya, Saya, Anak Laki saya dan Anak Pompuan saya




Tuesday, September 23, 2008

Ianya berkesan

Aku rasa... salah satu benda ni patut ada kat rumah.

Lotion ni dah lama aku beli kat Mother's Care. Dulu aku pakai kat Auni Damia yang selalu jer jadi mangsa gigitan nyamuk.

Balm ni pulak aku dapat masa aku masuk contest CuteFam2008 yang dapat tempat ke 9.
Sabtu lepas aku terpegang pemegang kuali panas. Lepas lalukan tangan kanan aku bawah air paip... aku sapu lotion & balm ni. Alhamdulillah takde kesan menggelembung.

Monday, September 22, 2008

Eeiiii tension...

Sabtu lepas dia start.
Apa saja kita tanya...
Perkataan yang akan keluar dari mulut dia...
"Aauuu"

Semuanya "aauuu"
Dah ler dengan muka selamber jer.

Rasa nak cubit2 jer mulut Auni Damia ni.


Notes : aauuu = tatau


Friday, September 19, 2008

U rock girl...

Kalau Ella panggil suruh gantikan dia menyanyi pun aku boleh sekarang ni.
Suara mak dah serak nokss.
Start dengan sakit tekak.
Pastu jadi batuk kering.
Perit giler rasanya.

Panas kot kat luar.
Pastu plak time bukak sibuk 'togok' air sejuk.
Rasakan...

Wednesday, September 17, 2008

Untuk Ja...

Puding Gula Hangus (aku pakai resepi adik ipar aku... Sarah)

Bahan A
10 biji telur
1 sudu besar tepung kastard (aritu aku x masukkan sebab xde stok)
1 tin susu pekat manis
1 1/2 tin air (pakai tin susu pekat)
1 penutup esen vanila

Bahan B
1 cawan gula

Pukul semua bahan2 A.
Pakai tangan boleh... mixer boleh... blender pun tadak hal.
Gula dipanaskan dalam bekas dengan api yang kecik.
Masak sampai gula cair dan berwarna kuning keemasan.
Masukkan dengan perlahan bancuhan bahan A ke dalam gula yang dimasak.
Sementara itu panaskan air dalam kukusan.
Air dah menggelak kasi kukuslah sama dia.
30 - 45min kukus.
Nak tau puding dah masak.
Cucuk pakai garfu ke hujung pisau... tak melekat puding.
Maka masaklah puding gula hangus ko tu.

Letih

12 hari tu.
Letih betul.
Sama macam tahun lepas.
12 hari jugak.

Adoiii letih nak berganti...

Monday, September 15, 2008

Jemput Makan

Antara menu berbuka puasa... Lauk2 simple jer.

Jumaat

Tok laki bukak kat luar... so takde nasi pun tadak hal.

Jenguk sana... jenguk sini. Ada jer menu cendawan goreng ni. Pernah nampak kat pasar malam tapi tak pernah teringin pun nak beli. Try jelah buat... memang sedap. Resepi pun senang ya amat.


Sabtu
Bukak puasa kat rumah Klong. Menu... gulai darat daging & 'pelepung', siakap stim, salad telur, sira pisang dan mini buah tanjung. Sungguh menyelerakan.

Ahad

Antara masakan yang aku suka masak. Al maklum senangkan. Anak2 pun suka.

Daging dan ayam memang sentiasa ada dalam peti ais. Cari2 resepi... daging goreng kunyit resepi Mat Gebu yang menjadi idaman tok laki. Dia yang goreng daging ni.

Kitoang memang berbuka kadang2 tu langsung xde kuih muih. Sebab masing2 terkam nasi jer terus. Ada masa, bahan2 cukup dan puding ni memang salah satu favorite tok laki... saya pun buatlah.

Saturday, September 13, 2008

Biskut pun nak raya

"Buat biskut nak..."
Alamak...
Aku dah malas nak buat.
Padahal baru tahun lepas 1st time aku buat biskut raya from A to Z.
Biasanya buat biskut 'tunjuk' jelah.

Biskut raya dah tak ramai peminat.
Bagi pendapat akulah.
Sebab aku sendiri pun 'kureng' minat ngan biskut raya ni.
Kadang2 dah habis raya pun biskut raya masih tersenyum manis dalam bekas.

Kalau orang lain suka giler makan biskut Almond London.
Aku...
Langsung tak pandang biskut pujaan ramai tu.
Tatau kenapa... langsung tak menarik minat aku pun nak mencuba.
Seingat akulah baru sebijik Almond London yang masuk dalam mulut aku ni.

Biskut raya yang paling aku suka...
Biskut sarang semut... tu pun yang 'Wear' Su buat.
Sekarang dia dah tak buat biskut raya dah.
Satu lagi... biskut jering.
Langsung takde letak jering ke apa pun.
Rupa pun bukan bentuk jering.
Kaler coklat. Bentuk bujur dan bertindih 2.
Tahun ni aku dah suruh mama order sebab dah berzaman aku tak makan.

p/s soalan nak buat biskut raya tu datangnya dari my abang sayang. dia pulak yang beria. nak buat... tanak... nak buat... tanak...

Friday, September 12, 2008

Kan dah kata...

siapa gemuk... "ma"
siapa perut buncit... "ma"
siapa cantik... "ma"
auni sayang sapa... "ma"

kan dah kata anak mama...

tapi kadang2 kalau tanya...

siapa perut buncit... "ni"
mengaku gak tu dia perut buncit.
mau tak buncit seme benda dia bedal.

selalunya papalah punya kerja kasi soalan2 mengenakan mama ni.

Thursday, September 11, 2008

Tak boleh jadi ni...

Tahap pengidaman tak boleh dikawal.
Mana tahan beb...
Tengok Lin dah selamat membaham makaroni bakarnya.
Kalau bukan sebab 'cis'nya hangus... aku pun mungkin dapat gak seketul 2 pagi tadi.
Nak tanak... aku buat sendiri jelah.

Perghhh... sedap. Puas hati.


Wednesday, September 10, 2008

Tekak Melayu

Bukak puasa makan makaroni bakar ok tak...
Bila pulak i makan makaroni bakar ni yang oiii...

Lin punya pasallah ni duk cerita pasal makaroni bakar. Terus mak teringin nokss. Tapi tulah tak mendapat approval dari tok laki.

Tuesday, September 09, 2008

Salah Konsep

Kalau kita dukung dia tak berapa nak betul....
or dia kurang selesa...
sibuklah cakap "yatt... yatt"

Dia ingat perkataan"berat" tu boleh digunapakai utk situasi yang tak selesa semasa berdukung.
Sungguhlah salah konsep cik mek ni.

Asal usul perkataan "yatt" ni dari mama dialah. Time lenguh dukung dia... cakaplah kat dia... "Beratlah Auni ni...".

Monday, September 08, 2008

Penuh

8 Ramadhan...
Alhamdulillah...
Adib Irfan berjaya berpuasa penuh satu hari.
Macam2 dia nak makan... lebih2 airlah.
Air tulah... air ni lah.
Siap request lagi nak makan kotiaw goreng.

Besok nak puasa lagi tak...
Tanak...
Gilir2.


Rapunzel

Dah panjang rambut minah ni.
Nak potong sayang...
Kalau nak potong pun ntah boleh ntah tidak.
Potong rambut depan pun meraung bukan main ni.
Ni kan pulak nak potong rambut belakang.

Simpan jelah.




Sunday, September 07, 2008

Seiras

"Boy tgk muka Auni macam adik kawan Boy jer..."
"Siapa...???"
"Hoi Sheng"

Abang pun cakap muka adik dia cam muka anak cina. Hahahaha.

Wednesday, September 03, 2008

Lagi separuh hari

3 ramadhan...
Adib Irfan berjaya puasa sampai pukul 1ptg.
Haus katanya.


2 Ramadhan

2 hari sampai rumah dalam pukul 7mlm.
Padahal keluar ofis pukul 5ptg.
Hari pertama... lrt buat hal.
Hari kedua... jalan pulak jem.

Bulan puasa memang selalu macam ni.
Keluar awal pun bukannya selalu boleh sampai awal.

Malam tadi dah masak 2 lauk.
Sekali harung utk sahur pagi tadi dan bukak tadi.

Apa yang aku masak...
Daging masak kicap dan ayam goreng halia.

Malam ni apa nak masak ek...
Takde idea...

Monday, September 01, 2008

1 Ramadhan

1st time Adib Irfan belajar berpuasa. Tapi separuh jalan jer. Pukul 12pm dah selamat berbuka puasa. Awal lagi duk mintak nk susu. Aku pujuk2. Ok untuk 5min. Pastu dia mintak lagi. 2-3kali duk main mintak pujuk... bukak jelah Boy.

Lepas minum susu sebotol & nasi ngan sup ayam 5-6 suap... dia cakap nak puasa balik. Yolah tu nak oiii...

Menu sahur pagi tadi... sup ayam, telur dadar, serunding daging dan ikan.

Menu buka puasa jap lagi... aku - nasi kerabu lauk ayam percik & sarang (sejenis seaweed). tok laki pulak nasi putih dengan daging masak kicap.

Menu sahur pagi besok... belum ada idea lagi nak masak apa.



 

Blog Template by YummyLolly.com