Pages

Monday, June 30, 2008

Demi Masa

Malam tadi...


"Half past 8 dah... jap lagi Spiderman 3kan..."


Mama pun jarang... ke tak penah pakai ayat camtu. Hahaha.


p/s patutlah macam pernah ku baca tajuk entry ni... sorry yang 'tersama' plak.

Thursday, June 26, 2008

'Intai' Di Jari



Dulu masa kawin takde pun pakai inai bagai ni. Cam tak beria nak pakai. Almaklum... kitoang nikah dulu. Pastu 3bulan kemudian baru majlis berlansung. Nikah 15 Mac 2002 (Awal Muharam). Kenduri kawin 1 Jun 2002.

Memang lama betul jari jemari aku ni tak berinai. Masa kecik2 dulu jer bersemangat pakai. Lebih2 lagi time nak raya. Kelentang kelentung ler duk tumbuk daun inai. Dulu kala mana ada inai serbuk... inai dalam tiub ni. Macam2lah petua yang berkaitan dengan inai ni. Tumbuk dengan nasi nak bagi inai melekat kuat. Tumbuk dengan arang nak bagi pekatkan kaler inai. Campur dengan air teh nak merahkan inai. Macam2 lagilah... aku pun lupa.

Jari jemari Auni Damia tu 'dikerjakan' oleh baby sitter. Mula2 abang cakap... Auni pakai 'intai'. Cute jugak tengok jari montok Auni Damia merah dengan inai. Nak harapkan aku pakai... tataulah bilalah...

Layan...

Saturday, June 21, 2008

Sekali sekala



Sedap jugak...
Dah lama tak makan nasi lemak.
Baru 2 kali kot buat nasi lemak.

Cam biasa setiap kali nak masak benda yang jarang masak.
Mamalah jadi kaunter pertanyaan aku.


Weekend jer buntu tatau nak breakfast ngan apa.
Nasi berlauk, roti canai, roti sapu jem... ulang tayang benda yang sama jer.


p/s ada benda tertinggal. separuh jalan makan... baru teringat telur rebus belum dibuang kulitnya.

Friday, June 20, 2008

Nasi Lemak Buah Bidara



Tengok Catwoman dengan Adib Irfan.
Auni Damia duk jadi 'Catwoman'.
'Terbang' dari coffee table ke sofa.
Lasak sungguh minah ni.
Maklumlah idolanya 'abam'

Kejap lagi abang plak jadi Catwoman.
Pantang tengok cerita superhero.
Aritu tengok Kungfu Panda.
Keluar jer panggung terus duk berkungfu.

Jumaat jer... mata sorang2 luas terbukak.
Aku pun tak bising2 paksa doang tidur.
Biar jer doang nak tido lambat.
Jumaat sabtu jer pun nak tido lambat.
Hari2 lain no way.
Selalu sebelum 10 semua dikerah masuk bilik.
Termasuk mak pak doang.

Good nite.

Perjalanan Jauh


"Flight dengan Gulf Air dari KL ke Bahrain 21 Jun 2008 pukul 12pm. Dari Bahrain ke Istanbul 22 Jun 2008 pukul 9.50am. Balik dijangka sampai KLIA 18 Sept 2008 pukul 9.40am".

Latest SMS from Papa.

Jauh berjalan... luas pandangan. Makin bertambah ilmu di dada... Bak kata papa "perjalanan... jauh ke negara tua... Yunani"

Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Insyaallah. Sempat gak balik beraya. Sukalah tu mama.

Thursday, June 19, 2008

Kosong

Kat luar hujan.
Kat dalam sejuk.
Ntah berapa kali menguap.
Mata mengantuk...



Boleh tido... syoknya.

Wednesday, June 18, 2008

Dulu Kala

Papa punya kerja... Duk ajuk papa cakap. Tergeliat lidah 'budak' tu dibuatnya.



Lain betul rupa dia kecik2... Agak2 siapa dia.

Tuesday, June 17, 2008

Jom...

Sambil2 tu... bolehlah klik kat sini.













CuteFam 2008 Photo Contest is brought to you by TheLilCaliph.com

Details boleh jenguk kat sini.

Sunday, June 15, 2008

Koleksi Terbaru

Sepupu aku dah selamat melahirkan anak ke2 dia hari Sabtu, 14 Jun 2008... pukul 9.36 pagi. Berat Elman Darius 2.93kg.

p/s Tety mu tau tak Fiza pun suka nama Dubies. Dia pun plan nak letak nama tu tapi sebab mu dah letak... terpaksa cari nama lain.

p/s Maya ni mak Arissa Irryana yang tempah baju sulam2 ngan ko tu.

Saturday, June 14, 2008

Pilihan Hati

"Boy nak baby girl... tanak baby boy".
"Baby boy bosan..."


p/s Selamat Hari Bapa untuk Papa...

Friday, June 13, 2008

Berita Gumbira

7weeks.

EDD : End of Jan. 2009.

Alhamdulillah.

Thursday, June 12, 2008

Yilek

Mood nak menulis belum muncul lagi. Ada cerita... tapi kemalasan melanda.

Stock take last week berjalan dengan lancar. Syok jugak sekali sekala turun padang. Boleh jumpa in person orang2 yang selalu aku 'jumpa' kat email dan telefon.

Rentung muka aku. Mau tak... tengah2 panas matahari aku berjalan ke hulu ke hilir duk rekod apa yang orang lain kira. Jumpa tempat berteduh aku lari jap berteduh dari sang matahari. Tak tahan...

Kemaman ok skit. Tak berapa panas kalau nak dibandingkan dengan Labuan. Itu pun aku dah tenyeh sun block lotion hat tinggi dah tu. 130 SPF.

Antara stock yang dikira di Kemaman... 3-1/2" Tubing. Cam bukit.

Bulan Disember ada lagi skali stock take. Tataulah aku kena join lagi ke tak. Mintak2 taklah.

Ni group aku kat Labuan. HSE kat sana ketat. Safety helmet & shoe memang diwajibkan. Nasib baiklah ada orang kaki +/- size ngan aku. Pinjam jelah.

Tuesday, June 10, 2008

Undilah Kami

Mailah pakat undi. Hehehe...














CuteFam 2008 Photo Contest is brought to you by TheLilCaliph.com

Details boleh jenguk kat sini.

 

Blog Template by YummyLolly.com