Pages

Monday, November 27, 2006

Lambaian Kaabah

Papa & Mama dah selamat berangkat untuk menunaikan ibadat haji. Dorang sempat sembahyang subuh di Madinah pada pagi Sabtu 25-Nov. Alhamdulillah.

Semoga papa & mama selamat pergi dan selamat kembali.

Aku tak dapat cuti so jumpa dorang kat Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Terkial2 gak nak pergi sana sebab aku pergi dengan Adib Irfan jer (Nasrun outstation... Selasa - Selasa) dan aku memang tak familiar area sana. Bawak kereta sambil tengok signboard jelah. A.Long & Pogy pun jumpa papa & mama kat sana jugak. Ni seme kes tak dapat cutilah.

Semoga papa & mama mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.


Thursday, November 23, 2006

Kenangan Terindah

"Hari ni hari sedih kitakan mama..." datang peluk aku sambil nangis. Nak nangis aku dibuatnya...



Tuesday, November 21, 2006

Siapakah di hatimu

Adib Irfan pangku Alya Batrisya... anak Adik Ya (jiran aku kat kampung)

Musim baby girl kot sekarang...

Sabtu lepas (18-Nov) dapat sms dari Fiza cakap dia dah selamat bersalin. Masa dia mengandung banyak kali scan tak nampak. Tup tup keluar baby girl. Berat 0.01kg dari Adib Irfan... 2.44kg. *Irryana Arissa nama baby Fiza*

Malam tadi (20-Nov) plak abah called cakap Eni dah bersalin. EDD dia sepatutnya isnin minggu lepas. So kira +/- seminggu jugaklah overdue. Eni memang masa pregnant lagi dah tau dia akan dapat baby girl. 3kg+ gak berat baby.

Januari nanti agak2 baby apa plak...


Friday, November 17, 2006

Itu Ini Begitu Begini

Arini Danial genap 3tahun. Umur dah bertambah... badan Danial jer belum bertambah isi. Tapi takpelah... asalkan sihat sokmo.

Happy 3rd Birthday Haziq Danial
...peluk cium dari Uncle, Alang dan Abg Adib.
Lunch tadi memboloskan diri ke KLCC. Agenda utama ialah untuk jumpa bakal hajjah. Agenda sampingan makan2 kat Nandos. Elin akan berangkat ke Makkah pada 28-Nov ni. 4 hari selepas mama & papa berangkat. Semoga selamat sampai dan selamat kembali dan semoga mendapat haji mabrur. Jangan lupa doakan untuk aku yer...

Thursday, November 16, 2006

Pencinta Wanita

'Tikus2 mondok' bawah meja kat New Horizon Garden

Dah tak payah bersesak2 dalam lrt... tak payah nak jiwa kacau kalau takde orang bagi seat dalam lrt... tak payah nak merungut selalu sakit belakang... tak payah macam2 lagilah...

Cuma sekarang kenalah biasakan diri bangun awal. Tapi takpelah... Tanak merungut2 lagi. Ada orang sudi hantar datang dan balik kerja dah satu rahmat buat aku sekarang.

Terima kasih banyak2 abang.

"aku memang pencinta wanita..." (lagu favorite adib irfan buat masa sekarang)


Monday, November 13, 2006

Teman Tapi Mesra

Gambar masa pergi beraya kat rumah Elin di Keramat AU.

Minggu ke 29. Cepat jer rasa masa berjalan. Last cek up... ada sikit problem.

Problem ni sama cam masa mengandungkan Adib Irfan. 1) Kurang darah. 2) Placenta Previa. 3) Baby songsang.

Mudah2an akan sama macam dulu. Minggu2 terakhir... problem 2) dan 3) dapat diatasi. Alhamdulillah.

Next check-up pada November 29, 2006.

Tak sabar rasanya nak tunggu Januari 28, 2007. Malam dah tak lena tidur. Pusing kiri tak selesa... pusing kanan rasa semacam jer. Toilet skang dah menjadi teman paling rapat... nak2 time malam.


Saturday, November 11, 2006

Gendang Gendut Tali Kecapi

Gambar masa bukak puasa dengan d whole family kat New Horizon Garden, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Meriah.


Pukul 1.20pm... hari sabtu... aku kat ofis.

Terpaksa memunculkan diri kat ofis. Ada tender preparation utk submission hari Isnin next week. Nasib baiklah bukan tiap2 minggu... kalau tak jiwa kacau aku.

Petang ni ada 3 open house... 1 kat AU Keramat. Satu kat Bandar Baru Bangi. Dan satu lagi kat Damansara Damai. Dah ler tak sejalan... tengok jelah mana2 yang sempat pergi... kitorang serbu.

Besok pun ada 2 jemputan ke open house. Kat Bandar Sunway dan satu lagi aku tatau kat mana. Dah nak akhir2 Syawal... camnilah. Orang sibuk mengejar nak buat open house.


Kenyang perut suka hati.


Tuesday, November 07, 2006

My Heart

Gambar masa raya ke2. Penat berayalah tu.

Duk berjalan dari rumah ke kereta.

Adib Irfan : Boy ngantuk ma. Nanti boy nak tidur dalam kereta.
Mama : Tidurlah dulu. Susu pun mama dah buat. (dlm perjalanan nak ke rumah Ibu, dia akan hisap sebotol susu)
Adib Irfan : Nanti ada lagu My Heart mama kejut boy tau.
Mama : Yelah.
Adib Irfan : Tapi kalau boy dengar sendiri ngan telinga boy mama dah tak payah kejutlah.

Time Irwansyah & Acha nyanyi tang omputih pun dia layan nyanyi gak...

p/s mama & papa akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji pada 24-Nov-06 hingga 8-Jan-07. Mudah2an sempatlah mama & papa balik sebelum aku bersalin. InsyaAllah.

Monday, November 06, 2006

9 Syawal 1427

Kalau ikut kalendar Islam... hari raya ke 9... Adib Irfan genaplah 4tahun. Tak bagi can mama nak beraya sakan... pergi open house raya.

Tapi kalau ikut kalendar Masihi... lambat lagi birthday dia. Sebab ada bagitau dia... 9 Syawal birthday dia... sibuklah suruh belikan kek untuk dia. Balik kerja singgah Secret Recipe... belikan seketoi choc moist cake & mintak sebatang lilin.

Balik umah tak sabar2 dia nak tiup lilin. Sibuk cakap kat ibu - baby sitter & papa dia... arini birthday Boy tau.

Layan....



 

Blog Template by YummyLolly.com