Pages

Wednesday, September 27, 2006

Jom Mulakan...

Malam tadi...

Mama : Boy nak buat birthday party nanti nak ajak sapa...??? (Dia pernah ajukan soalan nak buat party kat aku dulu)
Adib Irfan : Nak ajak kawan boy, kawan mama, kawan papa.
Mama : Kawan Boy sapa??
Adib Irfan : Ajiq, Danial...
Mama : Kawan mama sapa ek...???
Adib Irfan : Auntie... auntie... auntie.
Mama : Auntie mana???
Adib Irfan : Alah kawan mamalah... auntie yang pakai spek.
Mama : Kawan papa plak sapa..???
Adib Irfan : Uncle yang ambik gambar tu lah. (Kes dulu dia cakap uncle yang duk pegang kamera tulah ma)
Mama : Dah nak tergelak.
Adib Irfan : Mama dah dapat gaji???
Mama : Dah. Naper..???
Adib Irfan : Jom mulakan.

Friday, September 22, 2006

Arghhh lega...

Lega rasanya semuanya kembali ke asal. Adib dah sihat. Malam ni boleh pegi klinik... bukak jahitan kat dahi. Semalam notebook aku dah 'discharged' dari hospital.

Malam khamis lepas, Super Hero Adib telah melanggar bucu pintu bilik.... dan telah meyebabkan dahi dia berlubang. Tekap tempat luka dengan minyak mestika... dia tengok luka dia kat cermin... "Naper kepala boy berlubang..???" Lepas tu, terus bawak dia pegi klinik. Mula2 dia tanak pegi sebab dia cakap dia dah tak apa2. Dia dah ok. Time doktor nak injek ubat bius... meraung sekuat hati. Tak pernah lagi aku dengar dia meraung dan meronta sekuat tu. Lemah longlai aku dibuatnya. "Jarun jahat" dia cakap. Kenalah 2 jahitan kat dahi dia. Tapi nasib baik tempat luka tu tertutup dengan rambut. So, kalau tinggal parut pun... tak nampak sangat ler.

Isnin aku masuk ofis setelah 4 hari cuti (Khamis - MC / Jumaat - EL)... notebook aku dah hantar masuk 'hospital'. Hard dics rosak... Janji hari selasa... pagi khamis baru aku dapat menatap kembali notebook aku.

Jiwa kacau dibuatnya kalau takde notebook ni dan kalau anak sakit.

p/s : Aku nak ucapkan Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa kepada semua. Semoga segala amalan kita diberkati Allah SWT.

Tuesday, September 12, 2006

MJ Gathering 2006

Meriah... ceria... happening.... sampai sekarang masih terbayang2 lagi kemeriahan gathering pada hari ahad lepas (10Sept06).Aku langsung tak keluarkan kamera. Biarlah unofficial photograper yang menjalankan tugas.

Tak dapat nak digambarkan dengan kata2... tanak cakap banyak2.... "... a photo is worth a thousand word..."

Nak lihat lagi banyak kemeriahan... jangan segan jangan silu jenguk fotopages :-
Hanis
Hasnul
Linda

Insyaallah lepas ni akan ada lagi gathering yang lagi meriah.

Friday, September 01, 2006

4 Cara Membantu Anak Belajar

1. Bercakap
Mendengar dan bercakap adalah dua perkara yang sangat penting untuk anda lakukan. Jika tiada siapa yang mahu bercakap dengannya, dia tidak dapat menguasai bahasa dan jika anda tidak memberi perhatian kepada apa yang dicakapkannya, otaknya tidak dapat dilatih untuk berfikir bagaimana untuk berkomunikasi.

2. Bacalah
Membaca bersama anak-anak membantunya memperkayakan bahasanya, membina daya perhatiannya dan jadikan dirinya seorang yang teliti. Jadikan buku sebagai bahan penceritaan untuk menidurkan bayi sebagai rutin anda. Jika bayi anda berminat, cuba pastikan ayat mana dan bunyi apa yang menarik perhatiannya. Ini kerana sebahagian anak-anak boleh membaca sejak berusia 3 tahun tetapi jangan cuba sesekali untuk mendesaknya supaya boleh membaca segera.

3. Jadikan angka sebahagian hidup anak
Keyakinan dalam diri anak anda akan terserlah apabila seawal usia telah didedahkan dengan angka dalam kehidupannya. Oleh itu, sebaiknya anda mula mengajarnya mengira anak tangga dan batu-bata dan terangkan saiz dan kuantitinya, seperti berkata "Boleh adik kira pinggan atas meja tu?" atau "Adik mahu yang kecik atau besar?"

4. Pilih rancangan TV yang sesuai
Menonton rancangan di TV yang digemari dan sesuai dengan usianya. Daripada kajian mendapati rancangan yang baik akan memberi kesan kepada minda anak dari segi perbendaharaan kata, daya tumpuan, kefahaman dan sebutan perkataan. Tapi jangan jadikan TV sebagai 'pengasuh' untuk anak anda kerana ia tidak sesuai dijadikan contoh tanpa bimbingan daripada anda.


* Tips ni aku 'pinjam' dari fp Hanis.
* Isnin - Selasa aku cuti. Malam ni balik kampung. Syoknya.

 

Blog Template by YummyLolly.com