Apalah aku ni.... Masuk kali ni dah 3x aku tukar blog address. Apa boleh buat. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.
1st blog... rumah belang2 kaler coklat
2nd blog... rumah kaler pink
3rd blog... rumah kat blogspot ni
Padahal aku ni bukannya jenis rajin nak update blog dah sekarang. Tapi saja gatal nak pindah rumah. Dah jemu tengok layout kat blogdrive.
Boring betul kat ofis sekarang. Nak cakap takde kerja, padahal banyak kerja. Maybe sebab kerja aku ni jenis yang takde date line.... tu tak berapa nak kisah sangat.
Hanis dah start bercuti since last Monday. Doc bagi dia MC seminggu. Ahad ni dia dah kena admit kat DSH. Insyaallah, Isnin dia akan diinducekan dan kalau takde apa2... bersalinlah dia. Bertambah ahli keluarga Hanis & co.
Hari ni jugak Hari Ulangtahun ke 30 Ydawaty. Selamat panjang umur Y... semoga kehidupan kamu diberkati oleh Allah SWT. Ni sorang kawan aku yang akan bersalin. Kemungkinan bersalin dalam bulan puasa. Selamat mengganti puasalah Y.
Aku.....????? Ada rezeki adalah... kalau tak... berusaha lagi.
Wednesday, March 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment