Pages

Friday, March 31, 2006

Papaku Sidi Adib Irfan


Adib Irfan dengan Sidi tengah tunggu mama, ateh, danial dan opah bershopping kat Rantau Panjang. Baju Power Rangers tu baru jer beli. Terus nak pakai baju baru. Tak sabar2. Maklumlah orang tengah minat Power Rangers.

Jangan tatau papa aku pun ada blog gak.... Curlast papa. Baru je pun dia bukak blog. Tety yang jadi cikgu masa balik kelate aritu. Dia cakap ada blog senang skit dia letak/simpan khazanah penulisan dia. Sejak dia pencen dia makin aktif berkarya. Maklumlah masa pun makin banyak terluang. Selalu jugaklah dia hantara karya2 dia kat majalah. Cam aritu keluar kat Keluarga dan Dewan Sastera. Dapatlah jugak duit seratus dua.

Thursday, March 30, 2006

10 Tips Didik Anak

1. Konsisten dengan peraturan dan undang-undang yang diberikan kepada anak-anak
2. Dengarlah cerita anak anda dengan penuh minat
3. Bersikap jujur terhadap anak anda
4. Mengetahui batasan keupayaan/perkembangan dirinya
5. Mampu memperuntukkan masa yang berkualiti dengan anak-anak
6. Pandanglah anak anda dengan kasih sayang
7. Berikan penghargaan spt pujian, ciuman, pelukan atau hadiah setiap kali anak anda berbuat kebaikan
8. Hargailah permainan kesayangan anak anda

9. Ibu bapa harus menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak
10. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya


Tips ni aku ambik dari FP Hanis. Aku copy paste kat sini utk dijadikan peringatan dan panduan untuk aku. Maklumlah sekarang ni otak aku ni dah agak slow untuk proses mengingat ni.


Wednesday, March 29, 2006

Rumah Baru Lagi

Apalah aku ni.... Masuk kali ni dah 3x aku tukar blog address. Apa boleh buat. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.

1st blog... rumah
belang2 kaler coklat
2nd blog... rumah kaler pink
3rd blog... rumah kat blogspot ni

Padahal aku ni bukannya jenis rajin nak update blog dah sekarang. Tapi saja gatal nak pindah rumah. Dah jemu tengok layout kat blogdrive.

Boring betul kat ofis sekarang. Nak cakap takde kerja, padahal banyak kerja. Maybe sebab kerja aku ni jenis yang takde date line.... tu tak berapa nak kisah sangat.

Hanis dah start bercuti since last Monday. Doc bagi dia MC seminggu. Ahad ni dia dah kena admit kat DSH. Insyaallah, Isnin dia akan diinducekan dan kalau takde apa2... bersalinlah dia. Bertambah ahli keluarga Hanis & co.

Hari ni jugak Hari Ulangtahun ke 30 Ydawaty. Selamat panjang umur Y... semoga kehidupan kamu diberkati oleh Allah SWT. Ni sorang kawan aku yang akan bersalin. Kemungkinan bersalin dalam bulan puasa. Selamat mengganti puasalah Y.

Aku.....????? Ada rezeki adalah... kalau tak... berusaha lagi.



 

Blog Template by YummyLolly.com