Pages

Sunday, October 31, 2010

The Red Warriors

... andalah juara.

sejarah tercipta malam tadi di stadium bukit jalil setelah hampir 89tahun memburu dan kempunan untuk membawa pulang Piala Malaysia ke Kelate.

aku memang tak bolehlah tengok perlawanan bola macam ni. kecut perut dan dada berdebar dengan kencang. tak senang duduk dibuatnya. dengar jer wisel ditiup aku, adi.b irfan dan incik suami bersorak tak hengat punya. giler syok weiii. walaupun pada separuh masa pertama telah dikejutkan dengan sepakan penalti dari pihak lawan. adoiii.

tapi TRW telah bangkit semula.

sangat berbaloi2 abang dan adik aku datang dari pmas semata2 untuk menyaksikan kemenangan pada malam ni.

GOMO KELATE GOMO!!!



woweerina : gambar dari utusan.com.my

Friday, October 29, 2010

gomo kelate gomo

tahun ini sekali lagi perlawanan akhir pial.a malaysia pasukan gomo kelate gomo akan menentang pasukan hoben jang hoben. kalau tahun lepas kelantan kecundang 0-3. tahun ini bagaimana pulak nasib pasukan kelantan. mudah-mudahan nasib menyebelahi pasukan kelantan pulak.

saya sebenarnya tak minat pun bola ni. sukan2 yang lain pun tak minat jugak. dulu2 masa bujang adalah. al maklumlah jiwa remajakan. tu pun bukan tengok orang main bola tapi tengok pemain bola. ingat lagi dulu minat habis dengan ab.bas saad. pemain import untuk pasukan johor.



fakta menarik
10 ribu tiket habis terjual dalam masa 1 jam di kelantan manakala 10 ribu tiket hanya habis terjual selama 2 hari di negeri sembilan

Wednesday, October 27, 2010

badan sihat dan tidur yang nyenyak

... jomlah minum susu. kadang2 sampai berkotak2 sehari dorang minum. last weekend jumpa stok murah kat ju.sco, rm6.19 satu peket. apalagi boronglah sampai 10 peket. selalunya beli dengan harga rm7.30.

Wednesday, October 20, 2010

macamana ni

dah siap.
dah pakai.


kata nak buat raya haji.
hrmmm

20.10.20.10

what a nice date, kan...???


entry hari ini dengan gambar lansung tiada kaitan di antara satu sama lain.

Monday, October 18, 2010

bagi peluang

... abang mereleasekan tension selepas kena paksa dengan mama buat revision. memang kena paksa sebab hari ini final exam bermula untuk kedua2 sekolah. macam biasalah empunya diri steady dan cool jer. mak dialah yang gabra tak tentu hala. macam tulahkan mak2 kita dulu yang kecut perut bila tiba waktu exam anak2. sekarang terkenalah batang hidung. hehehe.


Thursday, October 14, 2010

tiada yang indah

... selain dapat bersama dengan keluarga tercinta.

Monday, October 11, 2010

bulat kecik bulat besar

satu untuk mak dara. satu untuk anak dara. 1st time beli kain sama design dengan anak dara.


dah hantar pergi tailor dah. akhir bulan ni insyaallah siaplah. kalau rajin akan dimanikkan. kalau tidak togel2 jelah.

Saturday, October 09, 2010

baju pengantin ke baju mak enon ni

si anak panggil baju pengantin. tapi berlainan dengan si bapa panggil baju ini baju mak enon.


kebaya nyonya ni lin belikan untuk si anak daranya, dhia. tapi agak longgar jadi dijuallah kat cik mek. mek pakai pun longgar jugak sikit tapi oklah. takut ambik satu size kecik ketat pulak. ingat nak cari kain batik warna pink nak jahitkan kain selisih depan.

Tuesday, October 05, 2010

agak-agaklah kan...

dia terkenan badi siapa ni... ;P

Friday, October 01, 2010

mama tak fahamlah dik...

pagi semalam cik mek mengamuk2 tanak masuk nursery. nak pergi beli twisties katanya. kalau dia tak tido masa nak hantar dia ke nursery memang macam2 ragamlah dia buat. tapi kadang2 ok jer. dah ler pagi semalam hujan lebat. dengan lewatnya... hujannya... memang maknya malaslah nak layan.

ragammya bersambung ke petang. tanak masuk kereta sebab nak pegi beli benda pusing2 happy birthday. pagi td twisties... petang benda lain pulak. dalam kepala mak dia memang ingatkan mainanlah yang dia nak beli. singgahlah sekejap di kedai runcit berhampiran dengan nursery.

melilaulah maknya mencari mainan. "mana ada mainan pusing2 kat sini." cik mek terus menuju ke kaunter. "auni nak ni lah...". ler ini ke benda pusing2 happy birthday.

rupa2 benda ni lah yang cik mek nak...


sekelip mata jer dia boleh habiskan 3 ketul coklat gambir ni. yup maknya panggil benda ni coklat gambir. tapi nama glamournya asam haw flakes.
 

Blog Template by YummyLolly.com