Monday, August 30, 2010
kembali berpuasa
... setelah 8 hari tak berpuasa disebabkan demam. bagi dia betul2 sihat, baru suruh dia puasa balik.
Sunday, August 29, 2010
antara seafood yang paling saya suka
... sotong. lagi2 kalau masak sotong hitam, giler sedap. tapi kali ini saya try bakar sotong ikut resepi si adik manis yang mengaku dia bukan chef walaupun hasil masakan dia begitu kebabommm ngalahkan chef wa.n.
malas nak beli daun pisang maka bakar jelah bogel2 sotong tu atas grill pan.
Wednesday, August 25, 2010
kampung vs bandar
'sigho' pisang lemak manis saya buat.
puding tauhu k.long saya buat.
... antara desert hari sabtu lepas. k.long dan family datang berbuka puasa di beringin. syok dapat bukak puasa ramai2.
Sunday, August 22, 2010
sup tulang incik suami
eh eh bukan saya masak tulang incik suami untuk dijadikan sup... tapi sebab incik suami yang banyak masak sup tulang ini, maka saya panggillah sup ini sup tulang incik suami. LOL.
kalau sebelum puasa kitorang beli tulang rusuk, kali ini beli tulang belakang pulak.
kalau dulu masuk dalam slow cooer tapi kali ni masak atas dapur biasa jer dengan api yang sangat perlahan.
hasilnya sangat sedap.
Friday, August 20, 2010
habuan kena tinggal
kami 3 beranak kena tinggal selama 4 hari 3 malam oleh incik suami kerana menyahut seruan kerja. lagi2 di bulan puasa... sungguh tidak menyeronokkan. tapi sebagai habuannya kami dapat habuan mama yang sebetulnya...
kek lapis strawberry, kek lapis cheese ice cream, kek lapis tembikai dan kek lapis yang menjadi pujaan hati incik suami dan akan dibeli setiap kali dia ke ku.ching, kek lapis blueberry.
bolehlah simpan untuk makan di hari raya nanti. kek ini akan tahan selama 1-2bulan jika disimpan di dalam freezer.
menu 9 ramadhan
baru 9 hari berpuasa... tapi fikiran dah buntu nak fikirkan apa yang nak dimasak. on the way balik rumah terbayang2 akan nasi lemak. jadi jomlah kita masak nasi lemak. saya kalau hari bekerja memang tak pernah singgah bazar ramadhan. teringin nak singgah tapi sebab memikirkan akan beriringan dengan spiderman dan batgirl memang akan terus terbantut niat untuk menyinggah.
jadi jalan yang paling mudah dan tak mengacau bilaukan keadaan ... kita masak kat rumah jelah. cakap jer keluar ofis pukul 5pm tapi sampai rumah kadang2 lambat jugak. maklumlah bulan2 puasa ni jem bukan main lagi. lagi2 area nursery 2 beradik tu berhampiran dengan bazar ramadhan. penuh sesak dengan kereta2. bersilat dan bertaekwon-do ler kadang2 bila sampai kat rumah.
saya kadang2 frust nak masak nasi lemak. selalu jer failed bab2 masak nasi. padahal dah diperturunkan cara2 memasak oleh MIL tet.y... 1 pot beras = 1 1/2 pot santan (yang dh dicampurkan dengan air). tapi tetap rasa kekurangan jer. takpe practice makes perfectkan.
sambal bilis malam tadi rasa macam mengancam sikit. masuk bakul angkat sendiri.
Wednesday, August 18, 2010
puasa ke tak
dah 7 harikan kita puasa, ma.
a'a dah 7 hari... dalam hati maknya, a'a dah 7 hari mama tak puasa abang oii.
tapi saya tak puasa pun macam puasalah jugak. lagi2 masa weekend. memang menyorok2lah minum air. nak makan nasi memang lansung tak boleh ler. setakat curi makan buah kurma ke kuih2 lebihan bukak puasa/sahur boleh lagi. maklumlah ada anak sedang berpuasa.
alhamdulillah puasa ad.ib ir.fan masih penuh. time bukak dia ok cuma tanak makan kurma. time sahur pn ok, takdelah liat dia nak bangun sahur. kira tahun ni tahun ke2lah dia berpuasa.
suka betul dia makan cendol. dah 3 hari berturut2 makan cendol waktu berbuka puasa. tapi cendol kt kl ni sungguh kurang sedap. nanti kita balik kelate... kita beli banyak2 yer bang.
Tuesday, August 17, 2010
sama tapi tak serupa
satu dari jenama G.AP. dan satu lagi dari jenama PAD.INI. lepas beli yang Pa.dini baru perasan baju yang hampir sama dalam website Ga.p. semalam jenguk butik G.ap memang takde pun design macam ni.
kononnya dah tanak membeli baju raya untuk anak dara... tp terbeli jugak lagi.
Monday, August 16, 2010
hampir2 tutup mata
ini kalau rambut baru disikat rapi ke tepi.
pagi tadi dapat mms dr incik suami. dia tulis, kalau potong rambut auni mcm ni ok tak. tp ada lagi syaratnya, make sure atas sikit jer dr mata. hehehe. takut jugak rambut anak dara dia nanti x cun. yelah dah ler nak rayakan.
Sunday, August 15, 2010
selesai sudah...
di badan baju saya jahit manik highlight.
lengan baju jahit manik beriring.
saya tidak sabar untuk pergi kelas menjahit manik selepas raya nanti. sangat2 menantikan harinya.
Wednesday, August 11, 2010
Salam Ramadhan 1431H
hari ini hari pertama ramadhan di tahun 1431H . semoga segala amal dan ibadah kita mendapat keberkatan dari Yang Maha Kuasa.
woweerina : gambar memang lansung tiada kena mengena dengan tajuk 2 superhero ni berposing depan bangunan chowr.asta, penang pada hari sabtu lepas.
Thursday, August 05, 2010
belum berjurus lagi
kenapa mama tak jadi ustazah...
hah... kenapa plak mama nak kena jadi ustazah.
mamakan pandai baca yasin
gulp...
woweerina : tengoklah pakai baju pn nampak lengan mana boleh jadi ustazah.
Wednesday, August 04, 2010
macam peliklah pulak
dengan semangat berkobar2 malam tadi saya bukak perkakas menjahit saya, saya bentangkan baju yang ingin dijahit... tapi 2-3kali proses jahit dan menetas balik berjalan. macam ada sesuatu yang tak kena. dah ler lubang lengan baju tu kecik jer. sudahnya, saya simpan semula perkakas menjahit saya dan sangkut balik baju ke dalam almari... keluar bilik dan bukak tv tengok cerita des.perate house.wives. lagi best.
gambar di atas ini saya hanya taburkan manik2 tersebut untuk melihat kesesuaian warna manik dengan baju.
Tuesday, August 03, 2010
Monday, August 02, 2010
eat all u can...
for only rm15. tapi on weekdays only rm9. belasahlah kamu nak makan berapa bijik. tapi semalam klong & yasmin si hantu durian hanya berjaya membelasah 3 bijik durian. saya pulak tak ambik yang rm15 ni... tapi ambik durian yang kena timbang. rm8/kg. 2 bijik jugak ler berjaya dimakan.
a.long pulak teringin dengan mus.ang king. hanya rm20/kg. giler cantik isi dia. sebab tulah nama lain utk musa.ng king ni durian kunyit. memang kuninglah isinya. isi dia tak semanis durian d24.
incik suami jadi tukang tengok jer dan tukang suap durian utk cik mek.
oh ya lokasi ni di ss2... dekat dengan balai polis se.a park.
Subscribe to:
Posts (Atom)