Pages

Wednesday, June 30, 2010

muzik retro terbaik

sudah tentulah stesen radio sin.ar fm kan. tapi saya tersangatlah jarang mendengarnya. sekarang ni lagi senang mendengar lagu2 non stop yang saya muat turun ke dalam saya. tak perlu nak dengar celoteh penyampai2 radio lagi.

sebenarnya saya pun bukan nak berceloteh pasal muzik retro ni pun. tapi nak cerita pasal dress cik mek yang berdesign retro, mengikut apa yang tuan beli katalah. terima kasih yer buk. tak sabar rasanya nak meneraikan dress retro ini di badan cik mek. bertambah lagi stok baju raya cik mek.

tak habis2 dengan kisah baju raya. ganti puasa pun belum habis lagi. uwaaa. ada lagi 3 hari. uwaaa...

kamilah geng bas sekolah

ini pun salah satu baju yang kononnya dibeli untuk stok hari raya. tapi telah saya pakaikan ke badan cik mek semasa menghadiri majlis perkahwinan kawan saya. dengan alasan... color baju dia sedondon dengan baju saya.


Tuesday, June 29, 2010

rasa lega sikit

... bila baju raya anak2 hampir selesai dibeli.

saya tak berapa suka membeli keperluan raya di bulan puasa lebih2 lagi baju anak2. tahun ni pun dah rasa lambat. kalau dulu tiap kali musim SALE adalah yang saya beli satu 2 helai untuk dijadikan stok raya. namanya jer stok raya. saya pulak jenis yang tak boleh tengok baju baru lama terperam dalam almari. mulalah sibuk nak pakaikan utk anak2. at least pakai untuk 1 kali jer. pastu simpan lagi buat raya. alah bukan orang tau pn baju tu dah pernah pakai ke tidak.

eh cop... apa sebenarnya yang saya nak merepek ni ek. hrmmm ooo korang pergilah terjah GAP. memang berbaloi2 untuk membeli stok baju anak2 korang. start hari ini discount sampai 50% untuk kebanyakan item. dan jika tahap meroyan anda melampau i.e beli lebih dari 5 helai, anda akan mendapat additional 20% lagi. tak ke berbaloi.

Sunday, June 27, 2010

saya jatuh cinta dengan si dia...


tajuk tak boleh blah. sebenarnya tatau nak letak tajuk apa. mood nak menulis memang takde. tatau kenapa...

'tepek' gambar jelah.



ramai jugak yang tak dapat menghadirkan diri... tapi keseronokan tetap dirasai. ini semua kawan2 zaman sekolah rendah lagi.

Tuesday, June 22, 2010

selamat bertunang

maklumlah musim2 cuti sekolah ramailah yang kahwin dan bertunang.

insyallah november this year sepupu saya ni akan menjadi raja sehari. selamat bertunang hajar.

dan part yang paling best sebab dapat jumpa sepupu sepapatlah.

Thursday, June 17, 2010

selamat pengantin baru


masa balik kampung hari tu, sempat jugaklah menghadiri perkahwinan kawan sek rendah dulu. kitorang kenal dari darjah 2 lagi. dialah paling last sekali kahwin. yang lain2 semua dan kahwin dan beranak pinak. masih boleh kejar kawan2 lain sebab isterinya masih muda lagi.


sabtu depan dia buat lagi satu majlis untuk kawan2 yang tak dapat balik kelate. kat sini lagi meriah sebab ramai yang akan join sama. ala2 gatheringlah jugak nanti.

Tuesday, June 08, 2010

syoknya mahu pulang ke kampung

dah agak lama saya tak balik ke.late. besok kebetulan incik suami ada kerja di kot.a bha.ru dan kebetulan jugak cuti sekolah sudah bermula... jadi apalagi balik kampunglah kita.

Friday, June 04, 2010

dengan ini...

hanya ini yang mampu saya tulis untuk la.genda bu.dak se.tan... KECEWA.

Wednesday, June 02, 2010

bila cinta kini tak lagi bermakna

besok, 3jun bakal muncul kurang dari 24jam dari sekarang... idaman kalbu yang ditunggu berbulan2 lamanya bakal muncul. tidak sabar rasanya untuk 'bertemu'.

bertemu kita di G.SC One U.tama pukul 11.10 pagi besok.

besok hanyay 4 (5??) orang jer dapat join.

kan best kalau ramai2 dapat join sama.

 

Blog Template by YummyLolly.com