malu dan segan pulak birthday boy bila dikelilingi oleh kawan2 se nursery.
Tuesday, December 21, 2010
baru 8 tahun
13 disember lepas barulah genap umur adib irfan 8 tahun. macam ni lah anak yang lahir di akhir tahun. takpe ada geng. dia mintak nak celebrate birthday dengan kawan2 kat nursery. so prepare party pack, order mini cupcake dari lyien dan mamanya terlampau rajin maka telah membakar 1 bijik kek coklat dan dihias sendiri oleh birthday boy.
Thursday, December 09, 2010
sangat berbezakan
auni damia semasa dalam pantang
dengan auni damia yang akan masuk umur 4thn dalam masa sebulan lebih lagi.
Wednesday, December 01, 2010
ada siapa nak upah wedding photographer ke
cik mek bersedia untuk menghasilkan gambar2 yang menarik tertarik kau memang deboom.
tang kaki terjingkit tu yang mahal. semua orang duk gelakkan dia jer. dah ler dengan kebaya nyonya. dia buat bodo jer. ntah berapa puluh keping duk ambik gambar pengantin baru. ini kenduri belah lelaki pulak @ presint 16, putrajaya.
sepupuku kahwin
kalau ada bekwoh ni perkara yang seronok adalah dapat kumpul dan jumpa dengan sedara mara yang dekat dan jaug. sangat seronok. akad nikah di masjid bukit damansara. majlis resepsi di dewan komuniti yang berhadapa
n dengan masjid.
selamat pengantin baru hajar dan amir. semoga kekal hingga ke hujung nyawa.
Tuesday, November 30, 2010
kena banyak bersabar
habis sebotol varnish liquid dia curahkan masa dia mandi dalam toilet.
tapi my mistake jugak sebab simpan kat tempat yang dia boleh capai.
cik mek kena marah dan kena lepuk.
lepas tu baru istighfar banyak2.
menyesal tak sudahlah pulak.
uwaaa...
Tuesday, November 23, 2010
nak muntah rasanya
masuk jer kereta. selalunya akan hanya kedengaran 2 buah lagu ini sahaja.
lagu favorite abang
lagu favorite abang
lagu favorite adik
berulang2 dorang dengar. lepas lagu adik lagu abang. kadang2 2 kali lagu abang. 2 kali lagu adik. rasa nak burn dalam 2 lagu ni jer dalam 1 cd.
Friday, November 19, 2010
eh eh...
1st time pakai baju sedondon dengan anak dara. ntah ler saya kurang suka bersedondon lebih2 lagi baju kurung. tp dah pakai ni macam oklah pulak.
kain sedondon ni incik suami yang beli masa dia ke bandung 2 bulan lepas. orang dah beli kita just jahit jelahkan. kebetulan pulak dia pilih rona color biru. memang ok sangat2lah dipakai di pagi raya aidiladha.
love u.
Wednesday, November 17, 2010
selamat hari raya aidiladha
menu pagi raya kuzi ayam cicah dengan roti jala dan moist choc cake. saya tak pandai menjala maka jalan mudah tempah jelah. kuzi ayam walaupun bau sedap dan ada rupa paras tapi masih tak boleh lawan kesedapan kuzi ayam yang mama buatlah.
raya kat kl memang takde langsung feel raya. besok dah start kerja. uwaaa...
Wednesday, November 10, 2010
musim gugur di kuala gandah
bilalah agaknya angan2 nak mengunjungi negara yang ada 4 musim akan tercapai yer. memang teringin sangat. buat masa sekarang, dalam gambar pun jadilah.
woweerina : photo credit to aji
Tuesday, November 09, 2010
jarang-jarang dapat
... bergambar satu family. selalunya mesti adalah yang tercicir salah sorang. ini pun sempat tangkap adib untuk berposing sekejap. dia sibuk nak berlari-larian dengan geng2 anak teruna yang lain. kejadian lokasi adalah di kuala gandah sabtu lepas.
suka tengok gambar yang aji ambik ni, seorang pencinta infrared.
Monday, November 08, 2010
konvoi jalan2 cari makan part 1
plan dah lama. alhamdulillah berjalan dengan lancar. ke temerloh untuk menikmati keenakan dan kesedapan gulai tempoyak ikan patin pak usop.
alang2 dah berada di temerloh, jomlah kita lihat gajah2 secara dekat dia kuala gandah. anak2lah yang paling seronok. masing2 sibuk nak naik gajah dan mandi bersama2 dengan gajah. permintaan dan rengekan tak dilayan atas sebab2 tertentu. hehehe.
sabtu 6nov2010 konvoi sebanyak 7 kereta bermula dari bhp selepas tol gombak. yareba yareba.
sentra - wish - forte - lancer - kembara - camry - grand livina
nasib baik dah buat reservation awal2. reserved seat dan gulai tempoyak ikan patin. kalau tak berjam2 jugak kena tunggu.
siap makan tak boleh nak lepak lama2 kat meja. ramai orang beratur nak duduk.
bukti kami datang makan di gerai pak usop, temerloh
aktiviti mandi manda dengan gajah.
gajah yang dah siap mandi. 1st time dapat tengok gajah secara dekat.
budak merajuk nak naik gajah. naik atas tengkuk papa sudahlah dik.
berhenti rehat. tak dapat bergambar dengan gajah betul pn takpelah. janji ada gajah.
wakil mak2
anak2 teruna. pun merengek nak mandi dengan gajah.
dengan beraninya dia berlari sorang2 untuk ke tempat gajah berehat. nasib baik hasnul perasan.
seronok dapat tengok gajah
woweerina : gambar ihsan dari aji/hanis, hasnul/gee dan saher/maya.
Sunday, October 31, 2010
The Red Warriors
... andalah juara.
sejarah tercipta malam tadi di stadium bukit jalil setelah hampir 89tahun memburu dan kempunan untuk membawa pulang Piala Malaysia ke Kelate.
aku memang tak bolehlah tengok perlawanan bola macam ni. kecut perut dan dada berdebar dengan kencang. tak senang duduk dibuatnya. dengar jer wisel ditiup aku, adi.b irfan dan incik suami bersorak tak hengat punya. giler syok weiii. walaupun pada separuh masa pertama telah dikejutkan dengan sepakan penalti dari pihak lawan. adoiii.
tapi TRW telah bangkit semula.
sangat berbaloi2 abang dan adik aku datang dari pmas semata2 untuk menyaksikan kemenangan pada malam ni.
GOMO KELATE GOMO!!!
woweerina : gambar dari utusan.com.my
Friday, October 29, 2010
gomo kelate gomo
tahun ini sekali lagi perlawanan akhir pial.a malaysia pasukan gomo kelate gomo akan menentang pasukan hoben jang hoben. kalau tahun lepas kelantan kecundang 0-3. tahun ini bagaimana pulak nasib pasukan kelantan. mudah-mudahan nasib menyebelahi pasukan kelantan pulak.
saya sebenarnya tak minat pun bola ni. sukan2 yang lain pun tak minat jugak. dulu2 masa bujang adalah. al maklumlah jiwa remajakan. tu pun bukan tengok orang main bola tapi tengok pemain bola. ingat lagi dulu minat habis dengan ab.bas saad. pemain import untuk pasukan johor.
fakta menarik
10 ribu tiket habis terjual dalam masa 1 jam di kelantan manakala 10 ribu tiket hanya habis terjual selama 2 hari di negeri sembilan
Wednesday, October 27, 2010
badan sihat dan tidur yang nyenyak
... jomlah minum susu. kadang2 sampai berkotak2 sehari dorang minum. last weekend jumpa stok murah kat ju.sco, rm6.19 satu peket. apalagi boronglah sampai 10 peket. selalunya beli dengan harga rm7.30.
Wednesday, October 20, 2010
20.10.20.10
what a nice date, kan...???
entry hari ini dengan gambar lansung tiada kaitan di antara satu sama lain.
Monday, October 18, 2010
bagi peluang
... abang mereleasekan tension selepas kena paksa dengan mama buat revision. memang kena paksa sebab hari ini final exam bermula untuk kedua2 sekolah. macam biasalah empunya diri steady dan cool jer. mak dialah yang gabra tak tentu hala. macam tulahkan mak2 kita dulu yang kecut perut bila tiba waktu exam anak2. sekarang terkenalah batang hidung. hehehe.
Thursday, October 14, 2010
Monday, October 11, 2010
bulat kecik bulat besar
satu untuk mak dara. satu untuk anak dara. 1st time beli kain sama design dengan anak dara.
dah hantar pergi tailor dah. akhir bulan ni insyaallah siaplah. kalau rajin akan dimanikkan. kalau tidak togel2 jelah.
Saturday, October 09, 2010
baju pengantin ke baju mak enon ni
si anak panggil baju pengantin. tapi berlainan dengan si bapa panggil baju ini baju mak enon.
kebaya nyonya ni lin belikan untuk si anak daranya, dhia. tapi agak longgar jadi dijuallah kat cik mek. mek pakai pun longgar jugak sikit tapi oklah. takut ambik satu size kecik ketat pulak. ingat nak cari kain batik warna pink nak jahitkan kain selisih depan.
Tuesday, October 05, 2010
Friday, October 01, 2010
mama tak fahamlah dik...
pagi semalam cik mek mengamuk2 tanak masuk nursery. nak pergi beli twisties katanya. kalau dia tak tido masa nak hantar dia ke nursery memang macam2 ragamlah dia buat. tapi kadang2 ok jer. dah ler pagi semalam hujan lebat. dengan lewatnya... hujannya... memang maknya malaslah nak layan.
ragammya bersambung ke petang. tanak masuk kereta sebab nak pegi beli benda pusing2 happy birthday. pagi td twisties... petang benda lain pulak. dalam kepala mak dia memang ingatkan mainanlah yang dia nak beli. singgahlah sekejap di kedai runcit berhampiran dengan nursery.
melilaulah maknya mencari mainan. "mana ada mainan pusing2 kat sini." cik mek terus menuju ke kaunter. "auni nak ni lah...". ler ini ke benda pusing2 happy birthday.
rupa2 benda ni lah yang cik mek nak...
sekelip mata jer dia boleh habiskan 3 ketul coklat gambir ni. yup maknya panggil benda ni coklat gambir. tapi nama glamournya asam haw flakes.
Thursday, September 30, 2010
nasib baik incik suami dan anak2 merestuinya
mau taknya... selama 5jam lebih kami mak2 duk berborak, bergosip, berposing dan makan (ada bihun sup tulang, sate ayam/daging, lontong jawa, jelly custard, tiramisu kek, moist choc cake, buah-buahan dan biskut2 raya). alhamdulillah tiada jelingan manja dari incik suami masing2. alhamdulillah jugak tiada rengekan dan pergaduhan di antara anak2. dan yang pasti y dan farid adalah tuan rumah yang terbaek. terbaekkk woook...
ini baru separuh dari geng bas sekolah MJ...
lihatlah betapa cerianya kami...
kami masih "bujang" kecuali m.aya dah dapat sorang anak.
sesi beratur kutip duit raya. yang ni of courselah anak2 gembira. terima kasih daun keladi.
lihat... incik2 suami pun tak lepaskan peluang berposing jugak.
woweerina : 3 keping gambar adalah hasil dari camera bang sa.her.
Subscribe to:
Posts (Atom)