Pages

Wednesday, December 30, 2009

paling bermakna

harijadi saya sungguh bermakna dengan mendapat hadiah yang sangat bermakna dari orang2 yang sangat2 bermakna dalam penghidupan saya.


insyaallah akan mendampinginya dengan sekerap mungkin.

teirma kasih, papa dan mama.

Tuesday, December 29, 2009

alhamdulillah... setahun lagi bertambah

tanggal 27 disember lepas... genaplah saya 33 tahun. nak tukar angka belakang ke depan pun sama jer.

kebetulan hari itu saya berada di kampung halaman. jadi makan besarlah kami sefamily.

syukur alhamdulilah ke atas rezeki... kesihatan... kebahagian... kenikmatan yang diberikan oleh Allah SWT ke atas saya.

Wednesday, December 23, 2009

kota keriangan

cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya... jadi ambil peluang bawak anak2 ke gent.ing high.lands untuk dorang bergembira dan bersuka ria di sana.

setelah berhempas pulas bermain games di outdoor dan indoor park... bilik jugak yang menjadi pujaan hati mereka. masakan tidak... dalam bilik ada bath tub. berendamlah 2 beradik macam badak berendam. layan jelah janji mereka H A P P Y.

Monday, December 14, 2009

saya telah mencuba

ketensionan dan kegelian terhadap keguguran rambut yang makin menjadi2 dengan hebatnya menyebabkan saya memberanikan diri untuk mencuba shampoo dan perapi keluaran for.est sec.ret.

1st time saya tahu kewujudan jenama ini adalah dari mr.s nob.a. sabtu lepas semasa berpusing2 di wang.sa wal.k saya telah terserempak dengan kedai kecil fo.rest s.ecret ini.

keguguran rambut saya semakin berlansung dengan jayanya setelah stok shampoo dan perapi prefer's yang telah saya pakai sejak bertahun tidak lagi ditemui di pasaran. tataulah samada telah distop production ke atau saya tak perasan kewujudannya. saya telah mencuba herb.al esse.nce... hima.laya... tapi tidak dapat mengubati masalah saya ini.

maka dengan ini saya sangat2 berharap agar kali ini masalah saya ini berjay di atasi.

yang ke T U J U H

happy birthday abang A.dib.
kalau ikutkan dia nak ajak kawan2 dia, kawan2 mama dan jiran tetangga.
tapi mamanya tak larat nak layan permintaan dia.
maka party buat jugak tapi utk adik beradik dan keluarga semata2
itu pun dia dah cukup seronok.

buat moist choc cake, goreng bihun (lagi dan lagi dan lagi) dan satay.

baru cukup umur 7 tahun... lagi 2-3 minggu dah masuk darjah 2.

Friday, December 11, 2009

tak boleh tahan tengok

benda2 yang cute mute ini...

Wednesday, December 09, 2009

mak dia pun sebenarnya minat...

'pin'... lagi2 kalau kain ela. memang banyaklah jugak baju2 kurung saya berwarna 'pin'. jadi ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke badan aun.i dam.iakan.

dua2 kain ela ni adalah dari jenis cotton. plan asal nak buat baju kurung... tapi buat baju kurung moden pun ok gak kot dengan kain cottonkan. tengoklah macamana.

ni peristiwa pagi tadi. abang dia sibuk nak beli roti untuk bekal ke sekolah agama... dia pun sibuk jugak nak roti. abang oklah nak roti jagung. tapi si minah ni sibuk nak roti 'aler pin'. sudah... drama pun bermula. hanya ada roti jagung dan cokelat. melilau mata maknya mencari makanan lain yang 'aler pin'. si abang jumpa corn.toz plastik 'pin' tapi takkan pagi2 buta nak makan cornto.z. last2 nampak biskut rock.y 'aler pin'. nasib baik dipersetujui oleh si minah. kalau tak sampai ke nurserylah shooting drama arahan aun.i damia.

Monday, December 07, 2009

berbudi kepada bumi

dah lama kepingin nak memiliki beg ini. baru hari ini tercapai. rambang mata nak pilih design. ikutkan ini bukan design pilihan... tapi sebab yang berkenan out of stock. layan jelah mana2 yang dirasa cantik.

Thursday, December 03, 2009

nak percaya ke tak...

minggu lepas gigi bawah ad.ib irf.an goyang. tiba2 terkeluarlah suatu cerita.

"mama apa kata ikat gigi abang dengan tali. lepas tu ikat tali tu kat pintu. nanti mama tutup kuat2. tercabutlah gigi abang nanti".

"siapa bagitau abang buat camtu".

"abang taulah. dah lama abang tau. masa abang dalam perut mama dulu. ada orang cerita kat abang. ada tv kecik. abang nampaklah dia buat macamana".

erkkk... biar betul abang.

woweerina : jangan dia 'nampak' yang bukan2 sudah ler. huhuhu
 

Blog Template by YummyLolly.com