Pages

Sunday, November 29, 2009

hero mama

harap2 akan jadi hero mama sampai bila2.

Friday, November 27, 2009

selamat hari raya haji

adib i.rfan hari tu cakap hari raya haji dengan hari raya korban lain. dah terang baik2 dengan dia, barulah dia tahu semua itu adalah hari yang sama.

seperti tahun2 yang lepas, kitorang beraya aidiladha di ber.ingin. lagi2 tahun ini. huhuhu.

menu di pagi raya... atas permintaan incik suami, maka nasi berlauk ayamlah dimasak. dan atas sedikit kerajinan si isteri... moist chocholate cake juga telah berjaya dibakar.

a.dib irfan juga berkesempatan untuk menunaikan solat sunat aidiladha dengan papanya di masjid. manakala cik mek pula berjaya tidur sampai ke pukul 10.30am atas sebab2 bulanan yang berlaku ke atas mamanya.

Tuesday, November 24, 2009

jumaat ni bolehlah ikut mama pergi sembahyang raya

telekung dah ada...
sejadah dah ada...

janji jangan buat kecoh kat masjid nanti sudah.

ini bahagian depannya. sungguh tak menutup aurat. tak jumpa cari anak tudung... maka jambul tersembullah jawabnya.

Wednesday, November 18, 2009

abang saya adalah idola saya

... sebab itulah rambut pun nak sikat style abang. nasib baik tak cakap nak rambut pendek macam abang. haru dibuatnya.

Monday, November 16, 2009

hari anugerah cemerlang

dah selesai sabtu lepas. mudah-mudahan prestasi ini akan kekal untuk tahun2 akan datang. insyallahkan, boy.

Thursday, November 12, 2009

masa tak boleh cakap nak sangat dia bercakap



penat kalau tengok tv sama ini budak perempuan tau. dia akan utarakan soalan demi soalan sampailah dia berpuashati. selalunya yang menjadi soalan dia bertubi2 kalau ada adegan menangis. kenapa dia nangis. mana papa dia. mama dia mana. abang dia mana bla bla bla. langsung tak boleh nak kosentrate. ke laut ke lombong habis feel mama dibuatnya.


woweerina : abaikan rumah yang macam tongkang pecah. kejadian ini berlaku semasa papa bercuti dan bersenang lenang di rumah dengan anak2. sepah ler korang nak sepah... janji sebelum mama balik semua kena kemas.

Wednesday, November 11, 2009

teruja dan terlalu gembira

hari ini raptai biasa. besok raptai penuh. sabtu baru betul2 majlis...

tak dapat digambarkan dengan kata2... u makes me really proud of you dear. nanti boleh jadi contoh untuk adik.

Thursday, November 05, 2009

berkat belajar bahasa melayu di sekolah

maka terkeluarlah ayat2 skema ini dari mulut kecik adi.b irf.an.

ayat 1
kawan-kawan boy semua 'teruja' tengok markah boy.

ayat 2
boy tanak bagitau papalah, nanti papa 'terlalu' gembira.



woweerina : kerana ibunya terlalu poyo... maka dengan tidak disengajakan, ibunya telah membuka satu rumah untuk mengumpulkan hasil main masak2 ibunya di sini.
 

Blog Template by YummyLolly.com