Pages

Thursday, November 29, 2007

On Your Mark...

Malam tadi Auni Damia berjaya bertatih. Baru 3-4 langkah. Dia pun seronok. Asyik nak ulang alik kat papa & mama jer. Tapi cepat giler dia nak melangkah. Biasalah tengah excited.

Gigi dah ada 3 batang. 1 batang atas belah kiri dah keluar separuh. Nampak lain muka dia dah ada banyak gigi ni.


Nota Kaki : Gambar kat Umbai. Tunggu kedai ikan bakar bukak. Ada kenduri kat Tanjung Keling.

Thursday, November 22, 2007

Musim Mengawan

Kalaulah Encik Ibrahim dan Puan Zainab ada lagi... tahun depan doang akan terima 5 cicit. Ramai tu. Kompem meriah.

Bermula dengan :-

KLong - Mei 7, 2008 (anak no. 3)
Zizi - Mid Mei 2008 (anak sulung)
Tety - Jun 13, 2008 (anak no. 2)
Fiza - Jun 27, 2008 (anak no. 2)
Mc Jae - Julai 15, 2008 (anak no. 3) - due date ni aku kira seniri kat bbcenter based on info yang Fiza bagi.

Boleh kata berderet2lah.

Selamat semuanya.

Monday, November 19, 2007

Kededek

Gigi atas belah kiri tunggu masa nak munculkan diri. So far 3 gigi. Tapi semua benda dia nak makan. Apa yang kita makan... dia sibuk cakap "tap.. tap". Itu cara dia nak bgtau kita dia nak jugak makanan itu. Tatau dia nak cakap sedap ataupun mintak...

Manja kededek minah ni skang. Asyik nak melekap jer. Kadang2 dengan papa pun dia tanak. Lebih2 lagi time mama pakai tudung. Tak mesra orang dia ni. Susah orang nak ambik dia. Bab macam ni memang berlainan dengan abang.

Suka betul 'mengemas'. Memang xde peluang nak menghias rumah. Sepantas kilat tangan dia 'mengemas'. Paling dia suka 'kemas' album2 gambar. Kadang2 dia belek... kadang2 dia letak semua album atas lantai... dia naik berdiri atas album.

Macam2...

Wednesday, November 14, 2007

Satu Langkah

Nak belajar jahitlah... nak belajar masak ler. 2 benda ni memang aku teringin nak buat. Tapi masih belum berkesempatan lagi... kena cari masa yang sesuai... akan cari...


Friday, November 09, 2007

Episod Baru

Syok dengar member2 pregnant. Aku tumpang gembira jelah. Nak tambah lagi sorang... tunggu dulu. Ntah2 Damia jadi anak bongsu. Hehehe.

Bakal dapat baby tahun depan... Elin (27Mar2008), Tety (13June2008) dan ??? (empunya badan belum buat pengumuman rasmi lagi. Tunggu jelah nanti).

Sepupu aku pn bakal dapat anak gak tahun depan. (EDD 27June2008).

Tahniah untuk semua.

Thursday, November 01, 2007

Seandainya dunia tanpamu...

Adib Irfan : Papa, nanti singgah kat "Pestonas" depan tu. Nak beli McDonald.
Papa : Petronaslah.
Adib Irfan : Papa ni x reti bahasa inggeriskan ma. "Pestonas" tu kot bahasa inggeris pa.



Apa2lah Labu.

 

Blog Template by YummyLolly.com