Pages

Tuesday, November 30, 2010

kena banyak bersabar


malam tadi si cik mek kena marah.
habis sebotol varnish liquid dia curahkan masa dia mandi dalam toilet.
tapi my mistake jugak sebab simpan kat tempat yang dia boleh capai.
cik mek kena marah dan kena lepuk.
lepas tu baru istighfar banyak2.
menyesal tak sudahlah pulak.
uwaaa...

Tuesday, November 23, 2010

nak muntah rasanya

masuk jer kereta. selalunya akan hanya kedengaran 2 buah lagu ini sahaja.

lagu favorite abang


lagu favorite adik


berulang2 dorang dengar. lepas lagu adik lagu abang. kadang2 2 kali lagu abang. 2 kali lagu adik. rasa nak burn dalam 2 lagu ni jer dalam 1 cd.

Friday, November 19, 2010

eh eh...

1st time pakai baju sedondon dengan anak dara. ntah ler saya kurang suka bersedondon lebih2 lagi baju kurung. tp dah pakai ni macam oklah pulak.

kain sedondon ni incik suami yang beli masa dia ke bandung 2 bulan lepas. orang dah beli kita just jahit jelahkan. kebetulan pulak dia pilih rona color biru. memang ok sangat2lah dipakai di pagi raya aidiladha.

love u.

Wednesday, November 17, 2010

selamat hari raya aidiladha

menu pagi raya kuzi ayam cicah dengan roti jala dan moist choc cake.Add Video saya tak pandai menjala maka jalan mudah tempah jelah. kuzi ayam walaupun bau sedap dan ada rupa paras tapi masih tak boleh lawan kesedapan kuzi ayam yang mama buatlah.
raya kat kl memang takde langsung feel raya. besok dah start kerja. uwaaa...

Wednesday, November 10, 2010

musim gugur di kuala gandah

bilalah agaknya angan2 nak mengunjungi negara yang ada 4 musim akan tercapai yer. memang teringin sangat. buat masa sekarang, dalam gambar pun jadilah.


woweerina : photo credit to aji

Tuesday, November 09, 2010

jarang-jarang dapat

... bergambar satu family. selalunya mesti adalah yang tercicir salah sorang. ini pun sempat tangkap adib untuk berposing sekejap. dia sibuk nak berlari-larian dengan geng2 anak teruna yang lain. kejadian lokasi adalah di kuala gandah sabtu lepas.


suka tengok gambar yang aji ambik ni, seorang pencinta infrared.

Monday, November 08, 2010

konvoi jalan2 cari makan part 1

plan dah lama. alhamdulillah berjalan dengan lancar. ke temerloh untuk menikmati keenakan dan kesedapan gulai tempoyak ikan patin pak usop.

alang2 dah berada di temerloh, jomlah kita lihat gajah2 secara dekat dia kuala gandah. anak2lah yang paling seronok. masing2 sibuk nak naik gajah dan mandi bersama2 dengan gajah. permintaan dan rengekan tak dilayan atas sebab2 tertentu. hehehe.

sabtu 6nov2010 konvoi sebanyak 7 kereta bermula dari bhp selepas tol gombak. yareba yareba.

sentra - wish - forte - lancer - kembara - camry - grand livina
nasib baik dah buat reservation awal2. reserved seat dan gulai tempoyak ikan patin. kalau tak berjam2 jugak kena tunggu.
siap makan tak boleh nak lepak lama2 kat meja. ramai orang beratur nak duduk.
bukti kami datang makan di gerai pak usop, temerloh
aktiviti mandi manda dengan gajah.
gajah yang dah siap mandi. 1st time dapat tengok gajah secara dekat.
budak merajuk nak naik gajah. naik atas tengkuk papa sudahlah dik.
berhenti rehat. tak dapat bergambar dengan gajah betul pn takpelah. janji ada gajah.
wakil mak2
anak2 teruna. pun merengek nak mandi dengan gajah.
dengan beraninya dia berlari sorang2 untuk ke tempat gajah berehat. nasib baik hasnul perasan.
seronok dapat tengok gajah



woweerina : gambar ihsan dari aji/hanis, hasnul/gee dan saher/maya.
 

Blog Template by YummyLolly.com