Pages

Thursday, June 04, 2009

the making of term.inator salv.atio.n


apa abang buat dia nak buat.
dia dah ler belum habis khatam lagi.
sekali buat terus tergolek doglah.
tak sangka kc sempat snap aksi stunt ini.

merah2 pipi cik mek ni dibuatnya.
tak payah dah sibuk nak pakai po.sie tin.t mama
woweerina : kc, cd dan gambar telah sampai sampai. thanks a lot. oh ya... lawalah tulisan kc.

entah apa yang ada dalam fikiran

hari ini hari khamis.

saya dengan rasa rajin datang ofis dengan kereta. nasib baik saya teringin nak parking kat dalam bangunan ofis saya walaupun rm10 kena bayar sebab saya baru basuh kereta petang semalam dan saya takut kalau parking kat depan ofis yang open space parking akan mengotorkan kereta saya itu kalau2 petang ni hujan walaupun kat situ hanyalah rm5.

konon nak beli roti sadwich telur & tuna kat kedai bawah ofis.

alamak... yenadey...

mana purse saya yang sudah kelihatan sangat usang. maklumlah dari saya belum kahwin lagi purse itu dah berkhidmat dengan jaya dan cemerlang untuk saya. saya memang amat menghargai purse cap 'kerbau koko' saya ini. alah, mesti tertinggal atas chest drawer dalam bilik saya ni sebab semalam kitoarang keluar kejap untuk membeli sesuatu.

nak makan tak risau sangat sebab saya boleh pinjam dari ofismate saya takpun kot2 linda nak belanja saya makan ke hari ini... belanjalah saya... belanjalah saya... kalau tanak ayam goreng berempah pak abu... kat pa.di pun saya tiada masalah. plan saya during lunch hour jugak terbantut konon nak terjah kl.cc takpun area2 s.g wan.g.

tapi sebab dah tau tak bawak purse ni... petang nanti mesti saya lagi cuak.

mudah2an perjalanan balik saya nanti dipermudahkan dan dipelihara oleh Allah SWT.
semoga benda2 yang tak diingini takkan berlaku. AMIN.

Wednesday, June 03, 2009

ku terbayang tilam dan bantal

sungguh mengantuk sekali saya rasakan. rasa nak tidur jer. berat giler dah ni kelopak mata. kalau tak hilang jugak... kejap lagi berangkatlah saya ke surau. lepas solat bolehlah curi masa melelapkan mata sekejap. sekejap pun jadilah.

 

Blog Template by YummyLolly.com