Pages

Showing posts with label adib irfan. Show all posts
Showing posts with label adib irfan. Show all posts

Wednesday, December 07, 2011

021211 tarikh bermakna buat si dia

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


tahap penakut dia boleh tahan jugak. masuk hari ke 5 masih dengan kain pelikat. nasib baik dah dibekalkan dengan ps2, psp dan cerita2 kartun di tv. takdelah boring sangat dia melalui saat2 berpantang.


terima kasih opah dan sidi sudi datang kl untuk menjaga orang bersunat.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday [16]



sayang kamu berdua. 

Thursday, March 24, 2011

tik tok tik tok

perasaan bercampur baur. sedih ada. gembira ada. sekejap rasa nak nangis. sekejap rasa nak ketawa.
abg adik

Ya Allah, tabahkan dan kuatkan hati aku dan anak2ku.

Tuesday, December 21, 2010

baru 8 tahun

13 disember lepas barulah genap umur adib irfan 8 tahun. macam ni lah anak yang lahir di akhir tahun. takpe ada geng. dia mintak nak celebrate birthday dengan kawan2 kat nursery. so prepare party pack, order mini cupcake dari lyien dan mamanya terlampau rajin maka telah membakar 1 bijik kek coklat dan dihias sendiri oleh birthday boy.

163919_478089539805_595914805_5620531_2899843_n

164672_478102289805_595914805_5620688_870539_n

68230_478100809805_595914805_5620680_8001210_n

malu dan segan pulak birthday boy bila dikelilingi oleh kawan2 se nursery.

Tuesday, November 23, 2010

nak muntah rasanya

masuk jer kereta. selalunya akan hanya kedengaran 2 buah lagu ini sahaja.

lagu favorite abang


lagu favorite adik


berulang2 dorang dengar. lepas lagu adik lagu abang. kadang2 2 kali lagu abang. 2 kali lagu adik. rasa nak burn dalam 2 lagu ni jer dalam 1 cd.

Tuesday, November 09, 2010

jarang-jarang dapat

... bergambar satu family. selalunya mesti adalah yang tercicir salah sorang. ini pun sempat tangkap adib untuk berposing sekejap. dia sibuk nak berlari-larian dengan geng2 anak teruna yang lain. kejadian lokasi adalah di kuala gandah sabtu lepas.


suka tengok gambar yang aji ambik ni, seorang pencinta infrared.

Wednesday, October 27, 2010

badan sihat dan tidur yang nyenyak

... jomlah minum susu. kadang2 sampai berkotak2 sehari dorang minum. last weekend jumpa stok murah kat ju.sco, rm6.19 satu peket. apalagi boronglah sampai 10 peket. selalunya beli dengan harga rm7.30.

Monday, October 18, 2010

bagi peluang

... abang mereleasekan tension selepas kena paksa dengan mama buat revision. memang kena paksa sebab hari ini final exam bermula untuk kedua2 sekolah. macam biasalah empunya diri steady dan cool jer. mak dialah yang gabra tak tentu hala. macam tulahkan mak2 kita dulu yang kecut perut bila tiba waktu exam anak2. sekarang terkenalah batang hidung. hehehe.


Saturday, September 04, 2010

Selamat Hari Raya semua...

dah xde mood nak mengupdate blog...


nak balik kampung nanti berhati2 di jalan raya yer. saya bercuti dari 8-17 september. huhuhu.

Monday, August 30, 2010

kembali berpuasa

... setelah 8 hari tak berpuasa disebabkan demam. bagi dia betul2 sihat, baru suruh dia puasa balik.

Wednesday, August 18, 2010

puasa ke tak

dah 7 harikan kita puasa, ma.
a'a dah 7 hari... dalam hati maknya, a'a dah 7 hari mama tak puasa abang oii.


tapi saya tak puasa pun macam puasalah jugak. lagi2 masa weekend. memang menyorok2lah minum air. nak makan nasi memang lansung tak boleh ler. setakat curi makan buah kurma ke kuih2 lebihan bukak puasa/sahur boleh lagi. maklumlah ada anak sedang berpuasa.

alhamdulillah puasa ad.ib ir.fan masih penuh. time bukak dia ok cuma tanak makan kurma. time sahur pn ok, takdelah liat dia nak bangun sahur. kira tahun ni tahun ke2lah dia berpuasa.

suka betul dia makan cendol. dah 3 hari berturut2 makan cendol waktu berbuka puasa. tapi cendol kt kl ni sungguh kurang sedap. nanti kita balik kelate... kita beli banyak2 yer bang.

Tuesday, July 27, 2010

terpaksa


sebelum kewujudan adik, abang langsung tak sentuh pun durian. pegang pun boleh buat dia muntah. tapi abang dan muntah memang saling berkait di antara satu sama lain. ibarat nama tengah abanglah muntah ni, adi.b muntah ir.fan. satu family tau abang dan muntah tak dapat dipisahkan.

tapi sejak kelahiran adik, abang dah mula berjinak2 dengan durian. ini disebabkan adik boleh makan durian. kemungkinan besar abang tanak hilang macho dek kerana tak makan durian. gagah jugaklah dia menghabiskan 1 ulas durian.

adik boleh menghabiskan berulas2 durian tapi tak licinlah bijik durian tu dikerjakannya. kadang2 banyak main dari makan. ada suatu ketika tanpa disedari oleh mama, adik telah meramas durian2 dan menempek ke seluruh muka. seakan2 memakai masker muka.

Tuesday, July 13, 2010

f.loria, 2010

singgah sekejap jer. kebetulan pergi rumah kawan saya di presin.t 18. dia buat makan2 sempena anniversary ke 13. kahwin awal kawan saya ni. laki pulak tu.

kalau mama datang ni sudah pasti jadi 'gila' dibuatnya.

Monday, July 12, 2010

tak plan pun nak pergi

kebetulan saya EL sebab cik mek sakit mata. kebetulan incik suami ada meeting dan dia pergi sorang. jadi apalagi... ikut samalah. sementara incik suami bermeeting di ay.er kero.h, saya dan anak2 bersiar2 di sekitar ban.dar hili.r. seronok jugak sebab orang tak ramai.

destinasi pertama adalah menara tami.ng sari. seronok sebab dapat lihat pemandangan sekitar bandar melaka dari atas.

berjalan kaki ke muzium samudera. adik sedikit frust sebab dia ingatkan kapal besar ni akan bergerak dalam air.

untuk tidak memenatkan diri sendiri, sewa beca berhias. pusing keliling sambil dialunkan dengan lagu2 yang bermacam2 rentak. pakcik beca akan berhenti di setiap tempat yang menjadi tumpuan para pelancong.

salah satu pit stop adalah di kota a farmo.sa.

dan pit stop yang terakhir sebelum balik semula ke menara taming sari adalah di hadapan bangunan st.adhuys.

walaupun dalam masa yang singkat... tapi anak2 sangat seronok sekali.

Monday, May 24, 2010

pencinta binatang

abang dan adik dua2nya sukakan binatang. lebih2 kucing. pernah incik suami suarakan hasrat hati nak bela kucing. oh tidak... memang mendapat tentangan keras dari sayalah.

semalam tiba2 adi.b irf.an bersuara, "mama, abang nak bela semut, boleh?"

Friday, May 14, 2010

musim ke sekarang


both abang dan adik demam...

abang ok jer. tapi adik kalau demam agak mengada2 sikit. ubat pun nak pilih yang dia berkenan sahaja. nak makan hanya ubat berwarna 'air masak'. dah ler stok ubat demam yang ada kat rumah ni berwarna oren. jenuh jugaklah nak memujuknya. nak paksa sumbat ubat dalam mulut, memang sah2 akan dimuntahkan balik.

sabar2...

Monday, May 10, 2010

beza tak banyak sangat pun



as at 25 april 2010

a.dib irfa.n
berat : 18.0kg
tinggi : 112cm

au.ni dam.ia
berat : 14.2kg
tinggi : 95cm

mama cakap... tunggulah abang sunat. mesti abang besar nanti.
papa cakap... papa dulu pun kecik macam abang jugak masa kecik2 dulu.

tak kisahlah abang kecik ke besar... janji abang sihat.

Saturday, May 08, 2010

semestinya berbeza

jangan bergerak... saya polis


jangan bergerak... saya doktor (???)

Friday, May 07, 2010

salah konsep

mama, cuba tengok adik tu. kesiankan.
kenapa.
tengok mata dia macam tu. macam anak yatim jer. (???)

budak kecik tu ada sedikit kecacatan kat mata dia. bola mata dia macam terjojol keluar.

anak yatim tu apa abang.
orang takde mama papalah.

hrmmm betul apa yang dia faham tapi salah dalam masukkan terma ke dalam ayat.

Thursday, May 06, 2010

melangkah ke hadapan

sedang menikmati kelazatan cupcakes dari aunty lin. kawan saya nan seorang ni sedang mengembangkan sayapnya menjadi pembuat cupcakes dan cheesetart yang berjaya.


semoga aunty berjaya.
 

Blog Template by YummyLolly.com