Pages

Friday, January 29, 2010

sikit-sikit lama-lama jadi bukit

"abang rasa nak simpan duit sikit2lah".
"dah banyak nanti boleh beli kasutkan".

baguslah macam tu abang. sebab mama malas nak layan permintaan abang. sekarang dia sibuk nak beli kasut bertali pulak. kasut jalan dan kasut sekolah. padahal kasut sekolah belum sampai sebulan pun lagi hayatnya. kasut jalan pun lebih kurang jer umurnya, beli masa cuti sekolah tahun lepas. tapak pun rasanya belum haus lagi.

ini budak kalau boleh tiap2 bulan mau kasut baru tau.

Thursday, January 28, 2010

makan hati berulam jantung

comel giler surina ni. terus berdoa supaya rambut cik mek cepat panjang.


agak2 kalau cik mek pakai kasut macam suri ni... terpeleot tak nanti.

Wednesday, January 27, 2010

A for A U N I

walaupun ke laut si dia membaca A B C tapi oklah for beginnerkan.

Tuesday, January 26, 2010

mencari jodoh

ini adalah tajuk lagu favorite adib irfan sekarang... indonesia mari. dari tahun lepas dia duk nyanyi. tapi baru minggu lepas papanya baru dapat mengenalpasti lagu ini.

2-3kali dengar best jugak lagu ni.

Saturday, January 23, 2010

temerloh kami terjah...

gara2 teringin nak makan gulai tempoyak ikan patin. saya ni macam tulah, kalau teringin memang nak sangat2. incik suami pun dah sedia maklum perangai cik isteri dia ni. kadang2 mengalahkan pengidaman zaman mengandung.

walaupun kawan saya dah bersetuju nak masakkan 'satu periuk' gulai tempoyak ikan patin untuk saya. tapi saya dah tak sabar. sebab kawan saya pun tatau bila lagi akan balik ke kampung dia di ra.ub. katanya hanya ikan patin dari pahang sahaja yang akan dibuat gulai tempoyak. dia pun selalu jugak menjamu kawan sekerjanya dengan gulai tempoyak ni. bertuah saya dapat kawan sebaik dia.

sebab dah terhidu2 jer bau gulai tempoyak... incik suami telah bersetuju untuk membawa saya melampiaskan nafsu serakah keinginan saya terhadap gulai tempoyak ke t.emerloh. alah bukannya jauh pun. dalam masa sejam setengah dengan kadar pecutan yang tak berapa nak pecut sampailah ke temer.loh.

sebelum itu dah bertanya pakcik goo.gle kat mana gulai tempoyak yang best di temer.loh. mintak jugak pertolongan klong bertanyakan kawan dia yang bermastautin di temerl.oh. eh eh samalah tempat yang direkemenkan.

maka, pak usop... kami datang.


risau jugak takut2 sampai jer kat sana, gulai yang diidamkan habis. al maklum pukul 1.20pm baru bertolak dari beringin. tapi alhamdulillah, kalau rezeki tak ke manakan.

perghhh sedap giler. isi ikan pun lembut jer. rm7 untuk 1 keping/1 mangkuk ni.


kalau ke sana, jangan lupa order air jagung spore. memang sangat sedap dan lain dari yang lain. ada isi jagung dan buah kabung dalam tu.


kakak kedai tu cakap setiap hari 70kg ikan patin dorang masak untuk buat gulai tempoyak ni. memang satu periuk besarlah. terkejut saya tengok.


anak2 memang kalau kedai makan ada ABC... memang itulah yang dorang order. makannya bukan habis pun.

terima kasih incik suami. ailabiulah...

Friday, January 22, 2010

nampak gaya rezeki kamulah

... wahai adindaku pink nan seorang.

kasut ini masih lagi menggigit kaki kekanda mu walaupun telah beberapa kali kekanda memakainya. kekanda tidak lagi sanggup untuk membiarkan kaki kekanda yang gebus ini dibaham dengan sewenang2nya oleh kasut ini.

dah lama saya idamkannya

akhirnya tercapai jua petang semalam.

beberapa minit selepas gambar ini dicaptured, terus saya dapat highest buzz rating... 105.0. barulah saya tahu macamana nak naikkan buzz rating CW ni. ;) kalau tak dulu asyiklah dengan 5 - 7 jer. terkedek2 betul.

tapi makanan di cafe cepatlah pulak habisnya. phewww letih saya nak memasak.

Thursday, January 21, 2010

sungguh saya tak sabar

... untuk menyarungkan skirt ini ke badan cik mek molek. dah lama saya mencari skirt seperti tutu skirt ini. sekali lunch hour tadi pergi kl.cc... masuk m&s nampak tag further discount. apalagi menonong ler saya. tataulah ada baju yang sesuai tak untuk digayakan dengan skirt merah menyala ini.

Wednesday, January 20, 2010

nasib baik si dia sudi...

... melayan kerenah mamanya yang suka snap gambar tak kira masa dan ketika. semalam pulak baru dapat crochet hat yang dibeli dari cik puan az.na ahma.d. ini pun masuk dari link kawan saya. memang dah lama mencari crochet hat yang cun melecun ini. dah jumpa tanak berlengah lagilah. teruslah buat booking.

sesuai pulak dipadankan dengan baju pemberian 'mak angkat' aun.i dam.ia. kombinasi yang menariklahkan. cuma latar belakang jelah kurang menarik. tapi janji dia sudi berposing layan jelah.

terima kasih daun keladi

hadiah2 yang cik mek dapat on her birthday aritu. abang pun dapat belated birthday present jugak.

mama dan papa tatau nak beli apa lagi kat dia. hrmmm

Tuesday, January 19, 2010

memang sepatutnya macam tu ke...

abang cakap "eh patut papa yang arah2 mama. bukan mama arah2 papa".

lupalah semalam saya 'arah' incik suami buat apa ntah. maka teruslah keluar statement keramat itu dari mulut si anak sulung. tak boleh mama nak 'queen control' papa.

Monday, January 18, 2010

semalam, auni damia genaplah

3 tahun...

last minute plan... buat bday di taman permainan bawah rumah. kebetulan 17 Januari jatuh pada hari ahad. maka pagi tu jugaklah pergi gia.nt membeli apa2 yang patut. menu pun simple yg amat. spagetti bolognese, nugget, kek pisang dan paling penting birthday cake bentuk spongebob squarepants yang dipilih sendiri oleh birthday girl. mula2 dia cakap nak cake b.en 10. dalam hati mama dia berdoa mintak2 ler takde kek be.n 10 kat kedai nanti.

majlis 'tertutup' untuk adik beradik jer. hehehe.

klong bawak kuih lapis. sedap sgt. nanti buleh buat lagi deh.

nama lagi buat kat taman permainankan. haruslah ramai kanak2 ribena. maka ramailah jugak tetamu tak diundang datang menyerbu birthday party au.ni dam.ia.

Friday, January 15, 2010

berangan tak salahkan

walaupun harijadi saya dah 19 hari lepas... tapi tak salah kalau orang tu nak bagi saya hadiah harijadi untuk saya.

mesti makin berseri dinding rumah saya dihiasi dengan buaian bawang merah ni.

lagilah cantik kalau dapat full set macam yang kat bawah ni. perghhhh menawan.

thanks in advance saya ucapkan. besok saya pergi ambik sendiri. muahahaha.

Thursday, January 14, 2010

lagi aman damai rasanya

... kalau pagi2 aun.i dam.ia tidur sampai ke nursery daripada dia terjaga sepanjang jalan. minah ni kalau dah bangun macam2 hallah yang bakal berlaku. selalunya... nak beli air. cukuplah sekadar mineral water sebotol. ataupun makanan. apa sajalah yang dia nampak sedap. memang pantang nampak stesen minyak minah ni. ajaran dari papalah ni.

benda2 ni semua boleh bikin hati mama jadi panas sebab akan lambat hantar abang ke sekolah. kalau dulu oklah sebab 1st pit stop sekolah adi.b i.rfan dulu barulah hantar aun.i da.mia ke nursery. maka bolehlah melayan dia sebelum hantar dia ke nursery.

tapi sebab dah bertukar nursery... rutin perjalanan terpaksa diubah. kalau tak akan berlakulah ulang alik jalan yang sama berkali2.

Wednesday, January 13, 2010

mulut kata tak nak...

... tapi perut kata nak sangat2. maka untuk menghampakan perut dan memenuhi kehendak perut, terpaksalah saya gagahkan kaki untuk keluar mendapatkan sesuap nasi.

inilah hadiah yang mampu saya persembahkan pada perut yang sedang lapar. nasi putih bersama kari ikan tongkol, ayam goreng berempah dan sayur kobis goreng. sungguh melampau.

Tuesday, January 12, 2010

disebabkan inilah...


lepas balik dari kampung nama dia bertukar dari adik kepada 'cat'. duk mengeow sana sini. buat gaya cat. macam2 betullah cik mek ni.

dah boleh geng dengan mama

sebab dah makan durian. walaupun hanya 2-3 ulas. kiranya mama dah ada genglah.

dulu mamat ni muntah2 mama dia suap dengan isi durian.

minah ni pulak pantang nampak orang jual durian kat tepi jalan, sibuk jer suruh beli.

Monday, January 11, 2010

tak perlu lagi

function ~ region ~ mosaic dalam photoscape kerana model kat belakang tu dah nampak secara kabur2 sahaja.

memang macam tu ke...

tuan empunya badan pun pelik dengan keadaan gigi dia sekarang sebab seingat tuan empunya badan dia tak pernah pun cabut gigi tersebut.

tengoklah gigi2 empunya badan belah atas dah jadi jarang2.

menurut papa tuan empunya badan... memang akan jadi keadaan sedemikian sebab seluruh anggota badan membesar... gusi pun ikut membesar.

maklumlah anak sulungkan. mama empunya badan pun masa belajar dulu tak ambik perhatian sangat dalam kelas. LOL

Saturday, January 09, 2010

katie holmes in d house

kali ni steady jer dia potong rambut. walaupun adalah pusing kiri kanan tengok atas bawah tapi bertahanlah untuk satu jangka masa yang panjang. siap request nak cuci rambut jugak. layan...


1st time dia potong rambut pada March 2009






inilah imej au.ni dam.ia untuk awal tahun 2010.

Friday, January 08, 2010

aiman saya tak kisah

asalkan boleh berwifi
asalkan berqwerty keyboard
asalkan camera berlense carl zeis (ciri ini tak dapat... tapi 5mp oklah)
hehehe...


konon berkenan BB tapi hari tu ada dengar ura2 company nak bagi BB. tapi untuk project teamlah. saya bukan dalam golongan project team. tapi tak salah letak sedikit pengharapankan. kalau beli BB nanti ada 2 setlah pulak. hahahaha

Thursday, January 07, 2010

sukalah...

design baju ni...

kalau color selain kaler biru lagilah saya suka.



woweerina : ini antara koleksi pakaian muslimah dari rizalman

Wednesday, January 06, 2010

semuanya OK

baik di nursery baru dan sekolah... abang dan adik berada dalam situasi yang ok.

si adik panggil nursery baru as a sekolah. walaupun masih ada drama swasta dan cerekarama di waktu pagi... tapi alhamdulillah dia nampak seronok dan happy bila petang.

mama jelah yang agak kurang OK sikit sebab kelam kabut menguruskan hal anak2 dan rumahtangga. alasan semata2 jer ni.

Sunday, January 03, 2010

hari pertama persekolahan

di tahun 2010.

walaupun adi.b irf.an dah pun masuk tahun 2 tapi mamanya tetap cuti jugak.
untuk menyelesaikan pembayaran yuran dan pembelian buku2 tulis yang mana patut dilakukan semasa cuti sekolah. tapi asyiklah terlupa. padan muka... besok confirmed ramai orang.

Friday, January 01, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

... hadapi 365 hari yang mendatang dengan senyuman.

 

Blog Template by YummyLolly.com