Monday, August 24, 2009
Friday, February 06, 2009
Monday, December 22, 2008
Kembali Bersatu
Rutin harian si mak menguruskan anak2 kembali bermula.
Dah lama si mak dihantar dan diambil dari kerja oleh si ayah.
Terasa malas untuk berebut2 di pagi dan petang hari untuk naik LRT.
Oleh kerana hanya tinggal 4 hari waktu bekerja si mak di tahun 2008.
Si mak mengambil keputusan untuk memandu kereta sampai ke ofis.
Perjalanan dari rumah ke tempat kerja si mak sebenarnya taklah jauh.
Kalau waktu cuti sekolah dalam masa setengah jam si mak dah boleh sampai ke ofis.
Waktu biasa tak payah ceritalah dengan kesesakan lalulintasnya di kawasan Zoo Negara.
Tempat parking kerete merupakan satu masalah kalau si mak bawak kereta sampai ke ofis.
Kalau parking betul2 bawah bangunan tempat si mak bekerja dikenakan bayaran sebanyak RM8.
Depan ofis si mak pulak bayaran hanya RM5 tapi kalau terlambat sikit FULL ler jawabnya.
Tak lupa juga masalah yang dihadapi oleh si mak kalau pandu kereta ke ofis ialah di waktu petang.
Kalau time jem yang tak sedar diri... mau berjanggut ler nak keluar dari kawasan liputan ofis si mak.
Apa yang si mak merepek sampai jauh camni.
Yang sebenarnya si mak sangat gembira sebab anak2 dah berada di depan mata.
Tinggalkan anak2 kat kampung bukan sebab si mak saja suka2... tak rindu kat anak2... anak2 tak rindu kat si mak... tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... si mak dan si ayah terpaksa redha.
Friday, December 19, 2008
Wednesday, December 17, 2008
Year End Holiday
24 Dec 2008 (Wed) - Half Day - Christmas Eve (padahal yang sambutnya 2 orang jer. Layan..)
25 Dec 2008 (Thu) - Public Holiday - Christmas Day
26 Dec 2008 (Fri) - Working Day (kalau dapat cuti gak kan best)
27 Dec 2008 (Sat) - Off Day (my BIG day)
28 Dec 2008 (Sun) - Off Day
29 Dec 2008 (Mon) - Public Holiday - Awal Muharram
30 Dec 2008 (Tue) - Company Holiday
31 Dec 2008 (Wed) - Company Holiday
1 Jan 2009 (Thu) - Public Holiday - New Year's Day
2 Jan 2009 (Fri) - Company Holiday
3 Jan 2009 (Sat) - Off Day
4 Jan 2009 (Sun) - Off Day
5 Jan 2009 (Mon) - Back to Work (sambung cuti lagi sebab my anak teruna masuk darjah 1)
Dah tak sabar rasanya. Ke mana hala tuju kita agaknya...
2 gambar kat atas masa CCM Kota Kinabalu tahun lepas...
Thursday, June 12, 2008
Yilek
Ni group aku kat Labuan. HSE kat sana ketat. Safety helmet & shoe memang diwajibkan. Nasib baiklah ada orang kaki +/- size ngan aku. Pinjam jelah.
Friday, May 30, 2008
Ceritalah Lagi
Adib Irfan kat kampung sekarang. Tanak balik. Nak balik dengan Abg Farhan. Seronok dia kat kampung. Sebab ramai geng... Farhan, Yasmin & Amalin. Kalau kita telefon dia pun tak nyempat2 nak cakap... sibuk nak sambung main. Mulalah... "kirim salam semua ya mama. Boy nak tutup ni". Tutup apa pun tatau... padahal pakai telefon rumah.
Cerita 2
Auni Damia sekarang... kalau bukan aku yang bawak kereta... "tanak... nanak" kalau nak letak dia dalam carseat. Nak beriba dengan aku. Bukannya ringan minah tu. Kejap oklah... lama mau kebas satu badan.
Cerita 3
Kalau tanya Auni Damia... "siapa nama". Kadang2 bunyi dia sebut "Mie" kadang2 cam bunyi "Nie". Tapi dah banyak perkataan dia boleh sebut.
Cerita 4
3-4 hari lepas baru perasaan Auni Damia dah tumbuh 1 batang gigi geraham atas belah kiri. Memang langsung tak perasan. Gigi depan masih kekal 7 batang.
Cerita 5
Awal giler flight aku Ahad (1 Jun) ni. Pukul 9.10 pagi. Huhuhu. Bertolak balik dari Labuan hari Jumaat (6 Jun) pukul 5.20 petang. Jadi sepanjang minggu depan 'rumah' aku takkan berupdate. Malas aku nak hangkut laptop & broadband.
Cerita 6
Adib Irfan takde kat rumah rasa sunyi pulak rumah. Kalau dia ada selalu jer 'gaduh' ngan dia. Dengar dia sakat adik dia. Adik nangis.
Wednesday, May 07, 2008
Lama tu...
Sekarang... rasakan. Direct seminggu saya kena.
Dah telefon tanya 'bos'... dia cakap insyaallah dia takde business trip during that time. Anak2 dia boleh jaga. Kalau rasa susah... dia ambik cuti selang2 hari.
Huhahuha...
Aku kena join stock take. 1-3 kat Kemaman. 4-6 terbang ke Labuan.
Bos 'A' td ada cakap... bincang ngan husband dulu. Kalau susah boleh re-arrange. Baru tadi Bos 'N' plak cakap. Ok ke... nanti anak2 sapa jaga. Kalau tak boleh suruh 'F' jer pergi. 'C' pn ada cakap gak tadi... 1-3 dia boleh pergi. Tapi 4-6 memang tak dapat dia nak tolong sebab dia kena closing account. Aku dikelilingi oleh orang2 yang prihatin. Sungguh bertuah rasanya. Poyo jap. Kiranya kalau aku tanak join bila2 masa jer boleh.
Tapi...
Komitmen kerja... aku join jelah. Uwaaaaa.
Monday, January 28, 2008
Debaran
Dah bertahun2 buat... baru 1st time jadi cam ni. Mau tak gigil. Rasa cam nak pengsan aku dibuatnya. Uwaaaa.
Nak nangis aku rasa. Ya Allah permudahkan segala urusan besok. Mudah2an tak ada yang akan sangkut kat mana2. Amin.








