Pages

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

saya jatuh cinta dengan si dia...


tajuk tak boleh blah. sebenarnya tatau nak letak tajuk apa. mood nak menulis memang takde. tatau kenapa...

'tepek' gambar jelah.



ramai jugak yang tak dapat menghadirkan diri... tapi keseronokan tetap dirasai. ini semua kawan2 zaman sekolah rendah lagi.

Thursday, June 17, 2010

selamat pengantin baru


masa balik kampung hari tu, sempat jugaklah menghadiri perkahwinan kawan sek rendah dulu. kitorang kenal dari darjah 2 lagi. dialah paling last sekali kahwin. yang lain2 semua dan kahwin dan beranak pinak. masih boleh kejar kawan2 lain sebab isterinya masih muda lagi.


sabtu depan dia buat lagi satu majlis untuk kawan2 yang tak dapat balik kelate. kat sini lagi meriah sebab ramai yang akan join sama. ala2 gatheringlah jugak nanti.

Monday, October 19, 2009

berputik di biro tatanegara

persahabatan yang berputik dalam masa seminggu mampu bertahan sampai ke hari ini. lepas spm... saya terpilih mengikuti kursus BTN selama seminggu. ramailah lepasan spm dari sekolah2 sekitar kela.ntan turut serta.

saya pun dah lupa macamana saya boleh jadi rapat dengan n.ana dan pu.t. dorang berdua ni dari sekolah (lupalah nama sekolah mu) kat mach.ang. Pu.t tu nama glamour yang dicipta oleh geng2 kami jelah... berasal dari nama PUTIK. tapi dipendekkan dan diglamourkan dengan nama PU.T. tak silap masing2 ada nickname tersendiri. cuma tak dipratikkan.

setelah hampir 16tahun tidak berpeluang bertemu mata... maka hari sabtu lepas tak melepaskan peluang untuk memenuhi undangan ke rumah terbuka nana di seksyen 13, shah alam.

nak kata lost contact dengan nan.a ni tidak jugak sebab kami masih berhubungan melalui sms dan paling terkini sudah semestinya bukumukalah. cuma tak pernah bersua jelah.

inilah keberkatan bulan syawal tahun ni. ramai kawan2 yang dah berbelas2 tahun malah ada yang berpuluh2 tahun tak pernah jumpa... dapat bertemu kembali.

Thursday, October 15, 2009

memenuhi undangan

hari2 terakhir di bulan syawal ini saya menerima banyak undangan ke rumah terbuka... sedara mara dan juga kawan2. tataulah dapat memenuhi semua undangan atau pun tidak nanti.



sabtu
  • kajang - rumah sepupu
  • usj - rumah ex officemate
  • shah alam seksyen 13 - rumah kawan yang dah lama tak jumpa. syok kalau dapat jumpa.
  • sg buloh - rumah kawan dari sekolah rendah lagi
  • batu caves - rumah kawan incik suami
ahad
  • putrajaya - officemate incik suami
  • shah alam - kawan klong merangkap kawan saya juga
  • dato keramat - 2 pupu saya

ada siapa2 lagi nak jemput kitorang tak...???

Wednesday, October 14, 2009

bertemu kembali

ini gambar darjah 2 (1984)

ini gambar darjah 4 (1986)

ini gambar darjah 6 (1988)

dan ini gambar 2009

seronok tak terkata...

Friday, August 07, 2009

seakan luruh jantung mendengarnya...

dia kawan sekolah menengah saya yang mana saya langsung lupa akan dia. hari ini baru terdetik nak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. 2-3 hari lepas saya terbaca status seorang kawan saya mengenai kematian dan ucapan takziah tapi tak pulak diberitahu secara terperinci siapakah yang meninggal.

saya sms salah seorang kawan saya yang saya nampak ada memberitahu ucapan takziah di status kawan saya yang seorang lagi... "siapa c.ik pa.dli... siapa yang meninggal". dan dalam masa menunggu jawapan dari kawan saya... saya menyelinap masuk ke f.b empunya diri itu. Ya Allah... Innalillah... "baby dia" reply kawan saya. "bini dialah yang meninggal..." balas saya kepada kawan saya itu.

rupa2nya arwah isteri kawan sekolah menengah saya itu baru sahaja melahirkan seorang bayi pre-matured pada 25 julai 7.50pm. berat baby 2kg. di mana baby itu sekarang masih di bawah pengawasan doktor.

saya petik kata2 arwah di dalam f.b dia pada 31july09 "Alhamdulillah hari ni dah hampir ok sepenuhnya... Our newborn baby boy pun sihat even though kecik. Hopefully esok dah bole menyusu... Thx 4 all the wishes and doas".
lagi... "Huhu... Sian kat baby tu... Dah nak seminggu tp xde nama lagi... Dah umminya dok tlentang je kat wad lain . InsyaAllah gambar n nama akan diupdate".
dan lagi... "akak bsalin sabtu lps 25 julai 7.50pm. Baby 2kg je. Tu yg dia tak bole menyusu tu. Akak plak ada complications sikit".

arwah meninggalkan suami bersama 3 orang anak lelaki pada 2 Aug 09. walaupun saya tidak pernah mengenali arwah... tapi perasaan sebak dan sedih menghantui saya... kesian baby yang baru dilahirkan itu... tak sempat kenal erti kasih sayang seorang ibu yang sebenar. saya harap kawan saya itu akan tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan bersama anak2.

perkara2 ini membuatkan fikiran saya terus melayang... macamana kalau ini terjadi kepada saya. macamana nanti anak2 saya. kacau daunlah bos saya ni... baru jer nk feeling2 sedih. tiba2 terjojol dia kat cubicle saya ni ajak discuss.

tapi itulah... kejadian2 macam ini boleh membuatkan saya jadi tidak keruan... sampaikan saya ada terfikir... kalau saya tiada... siapa akan prepare baju2 raya untuk anak2 saya. macamana itu... macamana ini...

Friday, April 17, 2009

Sesuci Bayi Yang Baru Lahir

tajuk sepoyo-poyonya.




inilah kawan 'sekongo' saya masa belajar dulu.


woweerina : lunch tadi saya terjah reject shop the weld. dah nak tutup dh kedai tu. semua barang dijual dengan harga less 50%. saya berjaya ambik 1 helai tshirt utk saya, 1 helai utk syamimi dan 2 untuk cik mek. dah tak banyak choice.








Wednesday, April 15, 2009

Terkenang Semasa Dolu

seronokkan masa belajar. takde nak fikirkan banyak benda... selain dari exam dan sikit2 pasal boyfriend. enjoy giler...

geng 'kongo' saya


kru & elite sedang mendendangkan lagu 'Di Pintu Syurga'. saya nyanyi part abby abadi.


cuba teka mana satu saya


farewell dinner yang bertemakan hitam-putih









Tuesday, March 31, 2009

Kekal Sehingga Anak Cucu


setuju dengan kata2 keramat dari si dia. Semoga ikatan persahabatan yang terjalin antara mak dorang akan berkekalan sampailah ke anak dorang pulak.

siapa sangkakan... perkenalan dari 'Hai' "Hello" "Salam" "Wassup2" dari alam cyber boleh mengeratkan suatu ikatan yang sungguh kukuh sekali.

saya sangat menghargai korang semua.





Wednesday, October 29, 2008

Lagi jumpa jumpi raya

Kali ni bertempat di rumah Diana.
Tak ingat plak raya ke berapa.
Tatau pun ada jumpa jumpi ni.
Terlangkah kanan... so dapatlah jumpa dengan geng2 semua.
Ni pun geng2 sekolah menengah gak.
Dulu geng2 laki ni selalulah berkonvoi raya datang rumah aku.
Masa tu semua bujang trang tang-tang.
Sekali serbu 3-4 kereta.
Seronok. S
Sekarang masing2 dah beranak pinak.

Mini Jumpa Jumpi

Raya ke2 aritu... aku join jumpa jumpi kat rumah Rosliza (alamak aku ala2 hilang ingatanlah nama tuan rumah... tapi aku rasa betullah nama dia Rosliza).

Sempatlah jumpa dengan Mc La, Nora, Normie & Mazlin. Lama giler tak jumpa. Ni semua kawan2 masa sekolah menengah. Kira berbelas2 tahun jugaklah tak jumpa.

Memang syokkan bila jumpa kawan2 lama ni. Sedikit sebanyak dapat mengimbas kenangan lalu. Suatu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.

Gambar cik minah ni diambil oleh abangnya.

Tuesday, October 28, 2008

Janda Yang Baik

Cuba cari di mana Adib Irfan. Hehehe.

Sampai2 jer kat Janda Baik... Adib Irfan terus teruja tengok anak sungai.
Memang dah lama dia ajak mandi kolam.
Tapi permintaannya terpaksa ditolak atas sebab selsema.
Kali ni dia tanak melepaskan peluang di depan mata.
Terus bukak baju... seluar... kecepushhh masuk dalam air.
Airnya bukan main sejuk lagi.

Memang menarik giler kawasan rumah rehat kawan aku ni.
Rumahnya betul2 tepi anak sungai... tepi bukit. Di balik bukit tu doang duk cerita Kuala Pilah.

Dikelilingi pula dengan kebun2 buah.
Pokok yang aku kenal hanyalah pokok durian.
Siap ada jambatan gantung lagi.

Next time kena datang awal lagi. Baru puashati.

Monday, August 04, 2008

2 Acara

23 August nanti ada 2 acara yang dua2 aku nak pergi.
Dah ler masa dekat2 jer.

Tataulah camana.

Pukul 6-7 malam ada Prize Giving Ceremony. Kan gambar yang aku hantar kat CuteFam 2008 Photo Contest menang tempat ke 9. Aku penah cerita kat sini.



Pukul 8 malam pulak kenduri kawin kawan baik aku kat Sheraton Subang. Dia kawin ngan anak presiden MT.UC. 080808 ni dia nikah. Senang nak ingat nanti. Insyaallah aku balik kampung ngan anak2 jer.



Dilema... dilema...

Thursday, July 24, 2008

Sama tapi tak serupa



Mereka...

Berkongsi tarikh lahir yang sama.


Sorang di awal pagi.

Sorang di petang hari.


Sorang anak INTAN.
Sorang anak MERAH.

Wednesday, May 14, 2008

Satu Satu Saya Sayang Kamu

Terkenang2 semasa dulu... Macam muka babylah budak ni padahal dah nak masuk 4thn time photoshoot ni.

Auni Damia dah ada dalam perut... dalam 8wks+ kot. Dari sorang anak... jadi 2. Tanggungjawab makin besar.

Besok balik kampung. H kawin. Sambil2 tu balik jenguk kampung halaman. Syoknya.

Isnin cuti... Ahad dah kena datang balik. Sebab Wesak Day tu jugak sekolah Adib Irfan buat Parent's Day. Ambik buku record sambil tanya perkembangan dia kat sekolah.

Thursday, March 20, 2008

Maulidur Rasul


Kawan baik aku since standard 2 selamat bertunang hari ni. Ambil berkat hari Maulidur Rasul. Tahniah aku ucapkan. Nama tunang dia sama dengan nama arwah ayah dia. Kebetulankan... So lepas ni dia akan berdebar2 menghitung hari untuk disatukan pulak.

Insyallah hari nikah dia nanti aku akan balik.

Tuesday, January 15, 2008

Tuah Ayam Nampak Di Kaki

Kalau bab2 cabutan bertuah ni memang aku tak pernahnya nak bertuah.

Satu hari, belek fp Zatul.
Try jelah... bukan kena bayar pun. Sapa taukan.
Akhirnya... rezeki aku nak dapat scrapbook free dari Zatul.

Dan inilah hasilnya.

Aku suka. Simple dan cantik.

Friday, September 21, 2007

Berita Gumbira

7 minggu... EDD May 7, 2008.

Alhamdulillah.

p/s tak lupa jugak tahniah untuk KV yang dah selamat bersalinkan anak perempuan pada 12Sept lepas dengan berat 2.9kg.
 

Blog Template by YummyLolly.com