Pages

Showing posts with label incik suami. Show all posts
Showing posts with label incik suami. Show all posts

Friday, November 19, 2010

eh eh...

1st time pakai baju sedondon dengan anak dara. ntah ler saya kurang suka bersedondon lebih2 lagi baju kurung. tp dah pakai ni macam oklah pulak.

kain sedondon ni incik suami yang beli masa dia ke bandung 2 bulan lepas. orang dah beli kita just jahit jelahkan. kebetulan pulak dia pilih rona color biru. memang ok sangat2lah dipakai di pagi raya aidiladha.

love u.

Tuesday, November 09, 2010

jarang-jarang dapat

... bergambar satu family. selalunya mesti adalah yang tercicir salah sorang. ini pun sempat tangkap adib untuk berposing sekejap. dia sibuk nak berlari-larian dengan geng2 anak teruna yang lain. kejadian lokasi adalah di kuala gandah sabtu lepas.


suka tengok gambar yang aji ambik ni, seorang pencinta infrared.

Saturday, September 04, 2010

Selamat Hari Raya semua...

dah xde mood nak mengupdate blog...


nak balik kampung nanti berhati2 di jalan raya yer. saya bercuti dari 8-17 september. huhuhu.

Sunday, August 22, 2010

sup tulang incik suami

eh eh bukan saya masak tulang incik suami untuk dijadikan sup... tapi sebab incik suami yang banyak masak sup tulang ini, maka saya panggillah sup ini sup tulang incik suami. LOL.

kalau sebelum puasa kitorang beli tulang rusuk, kali ini beli tulang belakang pulak.

kalau dulu masuk dalam slow cooer tapi kali ni masak atas dapur biasa jer dengan api yang sangat perlahan.


hasilnya sangat sedap.

Friday, August 20, 2010

habuan kena tinggal

kami 3 beranak kena tinggal selama 4 hari 3 malam oleh incik suami kerana menyahut seruan kerja. lagi2 di bulan puasa... sungguh tidak menyeronokkan. tapi sebagai habuannya kami dapat habuan mama yang sebetulnya...


kek lapis strawberry, kek lapis cheese ice cream, kek lapis tembikai dan kek lapis yang menjadi pujaan hati incik suami dan akan dibeli setiap kali dia ke ku.ching, kek lapis blueberry.


bolehlah simpan untuk makan di hari raya nanti. kek ini akan tahan selama 1-2bulan jika disimpan di dalam freezer.

Thursday, May 20, 2010

35 tahun sudah

happy birthday dear...

kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang ilhamkan bahagia
hingga aku terasa indah...

Thursday, March 18, 2010

15 Mac 2002

... masih panjang lagi perjalanan kami. semoga apa sahaja yang kami lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Yang Maha Esa.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 8 untuk kami.

Thursday, February 04, 2010

bila bosan malas nak buat apa- apa

... saya ajak anak beranak berposing. poyo punya statement. lagi double poyo sebab tiru sebijik tajuk orang kopil.

ini sesi berposing kami anak beranak di putrajaya ahad lepas.

mamat ni pantang nampak padang rumput, mulalah nak bergolek2 atas tu.

ben 10 dan dora the explorer

tak hirau dah... berlari jer. mabuk tanah ler katakan.

tension tengok muka sendiri. takpe 2-3 minggu lagi cunlah muka saya. insyaallah.

papa yang menyakat anak teruna supaya tersenyum gembira.

topi adik dah beralih arah ke kepala abang.

choo choo train atau titanic versi orang beringin.

Tuesday, September 08, 2009

tak dapat diselamatkan lagi

dah 7 tahun si dia berkhidmat untuk kami sekeluarga... jadi tibalah masanya si dia berehat buat selama-lamanya.

si dia adalah salah satu hadiah perkahwinan yang saya dapat dulu kala. walaupun hanyalah cap ayam... tapi dia mampu bertahan selama 7 tahun.

tapi saya perasan barang2 letrik di rumah saya ini mampu berjasa dalam jarak masa yang agak lama... maybe serasi bersama kot.

dan salah satu sebab lagi... kat rumah ni ada handy manny. selagi benda tu boleh dibaiki... incik suami akan baiki sampailah benda tu mampu bertahan lagi dan lagi dan lagi.
 

Blog Template by YummyLolly.com