Pages

Thursday, September 03, 2009

berlubang satu hari

sampai jer si ibu depan pintu nursery... "boy terminum air tadi kat sekolah". "terminum macamana... air apa?" "air boy beli kat kantin sekolah... air oren". nak marah pun ada jugak... tapi takpelah. dia dah puasa 12 hari turut2 dah. kira dah ok sangat2 dah. nak gelak pun ada... konon terminum. tapi dia sendiri yang beli air oren kat kantin.



dia puasa ni pun tiada sebarang perjanjian dan tiada sebarang paksaan. tidak juga dijanjikan sebarang imbuhan. cuma yang dia tahu... kalau puasa Allah sayang... dan kalau puasa... dia boleh raya lama sebanyak mana dia puasa.

Wednesday, September 02, 2009

12 ramadhan

alhamdulillah setakat ini... adi.b ir.fan masih berpuasa penuh 12 hari. walaupun semalam 1st day dia berpuasa di hari persekolahan... nampak dia ok jer. konon2 tanak duit belanja tapi si ibu kesian... kasi jelah rm1 untuk dia beli apa2 yang dia ingin beli kecuali makanan dan minuman. balik petang semalam... "boy beli bekas pensil plastik 1, pensil 4 batang, eraser 3...". meroyan sungguh mamat ni.


sorrylah bang... cerita pasal abang... tapi gambar adik. sebab abang agak malas layan bergambar2 ni sekarang.

woweerina : yer betul... baju raya sudah dirasmikan oleh cik mek. tapi tak pakai 1 setlah. dia pakai baju kurung dengan jeans. rambut depan cik mek kena cantas minggu ni. jadi raya nanti takdelah nampak gonjeng sangat.

Tuesday, September 01, 2009

tengok gambar jelah

kekurangan pak mahmood untuk 'berkata-kata'. antara juadah berbuka puasa semasa balik kampung 2-3 hari lepas.

butir nangka berinti (inti dia kacang dal yang dihancurkan)

cendol (adib's fave... siap tapau sebungkus bawak balik beringin)

akok bunga

ketupat sotong

gulai darat daging (ada campur limpa sikit, paru sikit...)

budu pembuka selera (tak cukup bahan lagi dalam budu ni... lg best letak asam limau, durian... ada jugak orang letak bawang merah potong nipis2)

 

Blog Template by YummyLolly.com