Pages

Thursday, November 20, 2008

Bila saya rajin...

... saya akan masak untuk makan malam keluarga saya.
Lauk pauk yang terdaya saya masak kalau hari bekerja adalah 2.
Tapi bila saya terlebih rajin... 3 lauk akan terhidang.
Itu dikira maximumlah.
Masak pelbagai jenis lauk pun bukan habis semua pun (baca : saya bukanlah pandai masak sgt pun)
Sini sikit cubit, sana sikit sentuh.
Last2 masuk peti ais dan tunggu untuk dipanaskan keesokan harinya.
Itupun kalau teringat dan kerajinan masih menebal dalam diri saya.
Kalau tak... masuklah saki baki lauk pauk itu ke dalam bakul sampah.
Sungguh membazirkan.


Ini lauk pauk kami malam tadi. Jom kita berkenalan dengan lauk pauk saya. Kita bermula ikut putaran jam. Ikan selar goreng yang digoreng rangup (requested by tok laki saya), kacang buncis digoreng dengan telur (penemuan terbaru saya), daging masak kicap (salah satu lauk yang saya suka masak), daging goreng blackpepper (sumbangan adik ipar saya), nasi beras siam dan kat tengah2 sup daging (juga sumbangan dari adik ipar saya).

2 comments:

KV said...

pinggan demo sama ngan pinggan kawe lah. Tapi pinggan kawe dok dale lemari, sayae nok guno. Kikiki

rina said...

pinggan tu dh 6thn kot ambo pakai. sejak kawin lagi... hadiah perkahwinan

 

Blog Template by YummyLolly.com