Tempat kejadian : Sungai Wang Plaza
Masa kejadian : +/- 3.45pm
Masa kejadian : +/- 3.45pm
Mangsa kejadian : Sya.mi.mi
Kes kejadian : Curi dan c**ul
Kejadian :
Lelaki itu membawa dia berlegar2 di tingkat 1 itu sebanyak 2kali. Lelaki itu meminta handbag dan paperbag yang dibawa oleh dia untuk diperiksa. Apalagi aktiviti menCURI pun berlakulah. Nasib baiklah takde banyak sangat cash yang dibawa oleh Sya.mi.mi sebab dah ramai orang dia tanya kedudukan ATM machine tapi tak jugak dia jumpa.
Dan akhirnya lelaki itu membawa dia ke tangga kecemasan. Pelik jugak Sya.mi.mi sebab dia ikut lelaki jer lelaki itu. Adakah dia dipukau ek... Wallahuallam. Semasa di tangga kecemasan lelaki itu memasukkan handphone Sya.mi.mi ke dalam poket seluar lelaki itu. "Pasal awak ambik handphone saya". "Saya takut awak cuba hubungi siapa2". Semasa menaiki tangga ke tingkat 4 itu jugak, lelaki tersebut memegang pung.gung dengan alasan untuk memeriksa samada barang yang dicuri disembunyikan di dalam poket belakang.
Sampai di tingkat 4... tiba2 "Alah... handbag awak jatuh pulak". "Pergi ambik". Sya.mi.mi yang ingin melarikan diri dari lelaki itu terus turun hingga ke tingkat 1 untuk mengambil handbag. Dalam hati dia hanya nak lepaskan diri dari lelaki itu jer. Tapi tiba2 dia teringat handphone dia masih ada dengan lelaki itu. Dengan berat hati dia pun naik balik hingga tingkat 4. Handphone pemberian teman tapi mesra yang belum pun berusia sebulan. Tapi takpe handphone boleh beli lagi.
Sampai2 di tingkat 4... tinggal hanya bayang2 jelah. Kalau dia kentut pun bau kentut pun mungkin dah hilang.
Terus Sya.mi.mi keluar ke foodcourt (tingkat 4) sambil mencari2 kelibat lelaki terbabit. Dia dah tatau nak buat apa. Tiba2 dia ternampak polis bantuan sedang berlegar di kawasan itu dan terus pergi dapatkan polis bantuan dan bagitau apa yang berlaku. Dengan bantuan polis bantuan itu dia dibawa ke Control Room Sungai Wang Plaza untuk diambil keterangan dan melihat rakaman CCTV. Dapatlah 3kpg gambar yang berjaya diambil oleh CCTV itu.
Report Polis pulak...
Prosedur untuk buat report polis ni pun banyak hal gakkan. Dah ler tak pernah buat police report pun. Jejak kaki ke balai polis pun 1st time.
Mula2 kami buat report di Balai Polis Dang Wangi. Dah ler aku ingat Balai Polis Dang Wangi kat tepi Campbell. Rupa2nya dah lama pindah dekat Jln Sultan Ismail ke Jalan apa ntah yang nak menghala ke Kg Baru. Ingatkan dah selesai dengan polis. Adoiii. Belum rupanya. Kena buat report lagi sekali di IPD Dang Wangi, Jalan Stadium. Kali ini siasatan lanjut oleh pegawai polis di Bahagian Jenayah. Sya.mi.mi pulak tak dapat nak ingat rupa lelaki itu. Kalau tak proses lakaran wajah turut dijalankan. Dekat pukul 12 jugaklah kitorang (aku, Te.ty & Sya.mi.mi) balik rumah.
Syamimi sedang disoalsiasat oleh Pegawai Penyiasat Jenayah
Kalau dulu hanya dengar di TV, tengok cerita, baca suratkhabar, email jer tentang kes2 jenayah. Kali ini terjadi ke atas adik sendiri pulak. Ya Allah tatau nak cakap apa2. Tapi syukur Alhamdulillah dia selamat... tak diapa2kan oleh lelaki bahalol itu. Aku harap dia akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya. Tak di dunia di akhirat nanti.
Kawan-kawan di luar sana... sama2lah kita ambil iktibar di atas kejadian ini. Ingat mengingati sesama kita. Kes ini merupakan salah satu modus operation golongon2 jahat yang di luar sana. Berhati2lah...
9 comments:
yupss... taktik nk mencurik & mencab*l.... gilosss nye jans!
pepagi td sampai ejk opis, aku dk cerita kt opismet psk kes sya.mi.mi kena.... mmg x tenteram la hidup jans bahalol tuh donia akhirat....
mmg penat x hengat la smalam... dah ler elok jek tetiga x makan... dpt jek mekdi terusss ngaaaapppp... huhuhu
Ya Allah... menakutkannya... aku bukan apa tau... area2 sungai wang.. starhill dan belah2 sana mmg aku takut dah nak pegi. Last aku pegi ada la 7-8 tahun lepas. Time belajar dulu, aku penah diikut orang masa kat sana. Also, penah hilang wallet. Macam2 kes aku penah experience kat sana. memang tak dinafikan, tempat dia best for shopping. Seberani aku.. antara tempat2 aku takut nak pi sorang2 ilh jalan TAR, SOGo dan Sg. Wang.
tapi yelah.. di mana2 saje boleh berlaku incident camnie even kat rumah sendiri kan. Subhannallah.. aku memang meremang kalau kes2 camnie. nasib baik takde apa2.
Macam2 cara ekk penipu, perompak nak mendajalkan orang. Eeeeeiii.. geram!!! Aku rasa mcm kena pukau nie. Sampai adik ko takleh nak berfikir.. ikut je orang tuh.
take care my friend...
Ya Allah..takutnya aku..adoi laa..
adoii...giler punya idea org jahat ni mcm2. Geram nya!!
Ya Allahh.. aku cuma syukur sebab dia tak baut lelebih kat syamimi... rasa macam ada gak mandrem sikit2 takkan la syamimi senang2 je ikut.. kan? Kalau dalam keadaan syamimi ikut je dia boleh jer nak baut lelebih tapi tula syukur tak di apakan lelebih.. giler.. dia tgk syamimi sorang2 n pulak tu muda lagi..
ya allah, takutnya.
macam-macam modus operandi penjenayah sekrg. syukur syamimi takde apa2. isykhh
skrg ni kalau baca paper pun, kes2 jenayah memang menggerunkan la
take care.
Allah maha kuasa..Alhamdulillah syamimi ok. most important thing dat matters kan..ffuhh..
phm sgt feeling si syamimi tuh. dah la lps kena semua ni, kena plak deal ngan police reports..adei, jenuh!
tapi yang agak menmbh kpd kekusutan entry nih, sempat lg tuh kakak dia nk memetik gamba2 polis 2-3 ekor tuh, muke sedey mimi..ape sajer la..
gamba2 camni x leh jual kak.. gamba2 kes kejadian jer yg org nak..haha.. ;p
bengong punye jantan tu..
pas ni jalan2 biar berteman yer...
org macam tu memang banyak di mana2.. tunggu mase jer..
tety : samalah aku. sampai jer opis terus cerita perihal sebenar kejadian sbb masa dapat kol dr security sg wang ingat dia kena ragut ke apa. turun 2kg tu aku smlm. muahahaha.
ja : TQ my fren. sogo aku ok jer. plg aku gerun PS. giler takut aku nk pegi sana sbb dah penah terkena gak ngan penjual kt PS.
yati : aku pn takut bila dapat kol dari security sg wang aritu. rasa lemah longlai jer.
kv : memang otak doang bergeligakan.
wan : itulah syukur sgt2 takde yang pelik2 jadi kat syamimi. nauzubillah jd kt kita seme. aku rasa camtu gak maybe dia lama kot duk perati syamimi jln soang2. giler.
has : mmg pun has. kdg2 rasa takut nak bajar paper sebab benda yang x tercapai dek akal kita pun byk giler berlaku. huhuhu.
hajar : hahaha. poyo hajar. dengan cara itulah boleh hilangkan segala kekusutan dan kegelisahan dalam pala otak. rugilah... patut aritu mintak copy gak gmbr2 jantan durjana tu kat security... pastu tepek kt sini. biar padan muko. buat dajallah lagi.
maya : kita jer duk bersangka muka baik nak mampos rupa2nya setan yang bertopengkan manusiakan. semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT.
Post a Comment