Pages

Thursday, February 28, 2008

Bertepuk sebelah tangan

Hari2 aku renung kat dia. Tenung dalam2. Aku ingat dia pun tengok aku jugak. Tapi rupa2nya... cintaku bertepuk sebelah tangan. Hancur luluh hati aku. Mentang2 nama engkau LV... jual mahal kat aku yer.
Kes2... aku suka giler kat handbag kat window display LV tu. Mau tak meroyan pagi petang aku duk perhatikan si dia. Mau tak jatuh cinta. Sekali check kat internet... jadi giler lagi sekali aku tengok harganya. USD2090.00 ngko. US Dollar plak tu... kalau RM aku cakap kat laki aku rembat. Sedar dirilah sikit dia balas kat aku. Dalam mimpi jelah saya rembat pun bang oiii. Nak beli handbag harga RM200 pun fikir 2-3 ribu kali. Ni kan pulak handbag yang harganya... omakaiii.

Yang ni pun aku suka jugak. Besar skit dari yang kat atas tu. Tapi harga dia pun buat aku jadi lagi suuuuka. USD2490.

Agak2 bilalah aku nak dapat handbag mahal camni ek...



Wednesday, February 27, 2008

Tapi...

Boleh dipanggil hobi ke... Aku sebenarnya suka benda2 yang kreatif. Suka tengok sebetul2nya. Ada minat nak buat tapi aku rasa aku ni keras tangan. Tety aku rasa lagi berseni tangan dia. Syamimi pun. Aku selalu berangan jadi sekreatif zaza dan zatul. Aku adore zaza punya work station. Kalaulah aku ada satu macam tu. Syok giler... Sekarang barang2 semua aku sumbat dalam kotak. Sungguh tak berseni langsung.

Bak kata orang. Belum cuba belum tau. Try jelah. Tak salah mencubakan.

Inilah hasilnya. Takdelah kreatif sangat pun. Tapi... aku nak try jugak.

... utk Maya.

... utk Elin.

Tuesday, February 26, 2008

Ini budak...

Selepas sebulan tertangguh jab utk 1thn... gara2 naik measles sebelum 2-3 hari nak celebrate birthday dia yang pertama. Sabtu lepas bawak budak pusar 2 kat kepala ni jumpa dengan Doktor Khairul.

Berat : 9.3kg
Panjang : 78cm
Lilit Kepala : 46cm

Pun tak nangis. Good girl ini budak.


 

Blog Template by YummyLolly.com