Pages

Monday, August 28, 2006

Corat-Coret Hari Minggu

> sarapan pagi kat Tanglin... sebab dah tatau nak makan apa
> layan Adib Irfan main kat playground... Taman Tasik Perdana
> bayar road tax kereta... awal bulan 9 ni abis tempoh
> plan asal nak pegi Giant... jalan jem nak ke arah sana
> tukar plan, pegilah Jusco... nak beli barang2 dapur
> sampai rumah dah letih... ingat nak rehat
> ayah su & co cakap nak datang rumah... dorang kat Jalan Kuching
> angkut kain2 yang belum berlipat masuk bilik... malas betul nak lipat kain sekarang
> nasrun tukang vakum lantai... selalunya tiap pagi sabtu buat tapi dah kuar berjalan
> nak pkl 4 dorang sampai... dorang dari Kamdar, beli langsir raya
> lepak-lepuk sambil makan pisang & cempedak goreng dan cucur udang dengan air sirap
> si bapa bawak turun anak2 mandi kolam
> lepas tu mak2 plak menyusul ke kolam renang... sekadar jadi pemerhati
> hampir 2 jam gak dorang duk berendam dalam kolam
> naik rumah... tengok tv & main mainan
> lepas maghrib... keluar makan sup gear box
> lepas tu ayah su & co terus balik ke kuala kubu baru
> masuk rumah, jenguk bilik mainan... terus sakit kepala tengok bilik cam tongkang pecah
> tengok TV kejap... pastu tido
> hari ahad sarapan pagi dengan roti... beli roti hari jumaat lagi tapi tak berusik pun
> misi mengemas barang2 mainan bermula... pening2
> basuh stroller... dah lama cadang nak basuh tapi selalulah tak menjadi
> abah telefon cakap nak datang rumah... ambik dia kat taman melati
> kemalasan masih melanda... suruh nasrun beli lauk-pauk kat Sri Ayu
> aku masak nasi jer... oklah tu
> misi melipat kain bermula... nak simpan dalam almari satu hal pulak
> Adib Irfan ikut papa dia hantar tok abah... dia dah tertido dalam kereta
> plan nak pegi rumah Klong... tak jadi
> nak pegi rumah K.Nik tengok baby... pun tak jadi
> panaskan lauk2... makan malam dengan selera sekali
> tengok CSI... Las Vegas, New York (separuh jalan)
> aku & Adib Irfan tengok Gol & Gincu
> Nasrun dengan CSI New York & Miami
> selamat malam semua.

Wednesday, August 23, 2006

Pukul berapa datuk harimau...???

Malam. Jam hampir menunjukkan pukul 11 malam. Adib Irfan masih tak menampakkan ciri2 nak tidur.

Mama : Cuba tengok jam dah pukul berapa?
(Padahal memang tau dia tak pandai tengok jam)
Adib Irfan : Dah nak naik.
(Buat2 tengok ke arah jam)
Mama : Pukul berapa?
Adib Irfan : 9 dah nak abis ma.
(Dengan muka selamber dia jawab)

Mama & papa apalagi... huahuahua. Macam2.

Monday, August 21, 2006

Menghitung Hari

My Pregnancy : Week 17
EDD : January 28, 2006.

Who am I? Where was I going? And where did I put that list of things I should remember? Pregnancy brings forgetfulness—as usual, the culprit is hormones. You’ll get your brain back someday (hopefully, sooner than later!). Remember to laugh and you’ll muddle through. Muddle through what? What were we talking about?

What's Going on with Your Body?
Each time you go to the doctor or clinic, they dip a strip of paper in a cup of your urine to measure your blood sugar level. What’s with that blood sugar test, anyway? It’s to make sure you’re not developing gestational diabetes, a condition that affects around one to two percent of all pregnant women. When blood sugar levels are controlled (through diet and sometimes medication), women can have normal pregnancies and normal, healthy babies.

On average, most moms are feeling
fetal movement by now. Kick, little one, kick!

What's Going on with Your Baby?
The fetus is about 6 and 1/4 inches long and weighs 4-5 ounces, about the same size as the placenta. The eyes are more forward than on either side of the face now. Your baby's ears have started to pop from his head and lanugo is beginning to appear on your baby's head and body. What a cutie!


Ampeh blogger... tak boleh nak letak gambar. Dah cuba berkali2... tapi tak berjaya.



Wednesday, August 16, 2006

2-Digit

Adib Irfan dah melangkah satu tapak. Dia sekarang dah pandai tekan channel yang ada 2 digit. Channel 2 digit yang dia tau tekan... ch63 dan ch15. Kalau dulu setakat tekan no. 1-digit jelah.


Ni semua melalui pemerhatian dia masa kita duk tukar2 channel. Awal2 dia tertukar jugak. Kalau ch63... dia pegi tekan 3 dulu baru 6. Bagitau dia... tekan 6 dulu baru 3.

Tension tengok TV dengan dia sekarang. Dia suka betullah tukar2 channel. Nak2 sekarang, dia dah tau camana nak tukar channel kegemaran dia.



Monday, August 07, 2006

Dah besar anak mama...

Hari Pertama : 3 kali bangun.
Hari Kedua :Sekali jer bangun.
Hari Ketiga : Langsung tanak.

Yes... Adib Irfan dah jadi big boy sekarang. Dah boleh say no to diapers.

Jumaat lepas (4August2006) azam mama dia kuat. Selalunya risau + malas. Tapi Jumaat lepas jugak kebetulan terlupa nak beli Huggies Dry. So, cekalkan semangat. Mula2 dia nangis nak pakai diapers. Dia jumpa MamiPoko Pants. Lama jugak kena berdiplomasi dengan dia. Cakap kat dia, MP Pants tu pakai masa jalan2 (padahal kalau keluar jalan2 pun dah tak pakaikan diapers dah).

Sebelum tido tu... berulang kalilah aku duk pesan kat dia... kalau rasa nak kencing... kejut mama tau. Tapi belum sempat dia kejut aku... aku dah kejut tanya dia... nak kencing ke tak. Tiap kali tersedar... aku akan cek seluar dia... basah ke kering... fuh lega.

Kadang2 kesian jugak tengok dia dengan muka mamai2... turun katil... masuk toilet. Tapi tulah, kalau tak buat camtu... camana lagikan.

Alhamdulillah.


Thursday, August 03, 2006

Tak Ada Logika

Adib Irfan : Bila mama nak beli aircond kat bilik boy...???
Mama : Nantilah.
Adib Irfan : Kita dapat gaji nanti kita pegi beli yer Ma.

Alasan dia tanak tidur dalam bilik sendiri sebab takde aircond. Yolah tu... Ntah2 dah ada aircond pun tanak tidur dalam bilik dia gak.

 

Blog Template by YummyLolly.com